SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: TATiUC Universiti Kemahiran 2015

TATiUC Universiti Kemahiran 2015

Kolej Universiti TATi (TATiUC) di sini yang sedang dalam proses untuk muncul sebagai sebuah universiti kemahiran menjelang 2015, melakar satu lagi sejarah baru dalam rentetan perkembangannya dengan menerima kemasukan penuntut paling ramai tahun ini.Bagi sesi kemasukan 2010-2011 Julai lalu, institusi pengajian tinggi swasta milik penuh kerajaan negeri itu mengambil 715 penuntut dari seluruh negara, berbanding hanya kira-kira 400 orang pada tahun lalu.Penampungan jumlah penuntut teramai sejak 17 tahun lalu itu menunjukkan keyakinan umum terhadap sistem pengajian di samping lulusannya dalam pasaran kerjaya makin mengukuh.

TATiUC yang dahulunya dikenali sebagai Institut Kemahiran Tinggi Terengganu merupakan institusi pengajian tinggi swasta pertama milik kerajaan negeri.Institusi pendidikan itu mengalami transformasi seiring dengan hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan membekalkan guna tenaga dalam sektor yang amat diperlukan.Sejak dinaikkan taraf tiga tahun lalu bermula dengan penawaran program peringkat Ijazah Teknologi pada Julai 2008, iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, ia kini menyediakan tujuh program ijazah pertama di bidang teknologi.Sebagai persiapan ke arah mencapai sasaran sebagai sebuah universiti kemahiran, pelbagai prasarana dirancang termasuk sebahagiannya telah dimulakan.

0 comments:

Post a Comment