SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Sejarah@Hulu Terengganu

Sejarah@Hulu Terengganu

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Kebanyakan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.

(Sumber dipetik : Wikepedia)

0 comments:

Post a Comment