SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Istana Maziah@Kuala Terengganu

Istana Maziah@Kuala Terengganu





Dari foto lensa perkampungan nelayan, kali ini jom kita mengenali pula Istana Maziah. Tersegam indah di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri iaitu berada dalam kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Istana Maziah telah menyimpan pelbagai kenangan serta memorinya dari dahulu hinggalah sekarang. Keindahan rekabentuk serta sejarahnya telah menggamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Jangan lupa berkunjunglah ke sini sekiranya anda berada di Terengganu untuk merakamkan foto-foto yang begitu menarik untuk tatapan bersama.


Menarik!!!

0 comments:

Post a Comment