SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Kelainan Bas Bandar Terengganu

Kelainan Bas Bandar Terengganu

Bas Bandar atau secara gimiknya dikenali sebagai bas kayu oleh masyarakat sekitar amat menarik perhatian para pelancong yang datang ke Negeri Terengganu. Boleh dikatakan hanya kelibat bas ukiran kayu ini dilihat di terengganu iaitu di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Keunikannya yang mengekalkan warisan dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Bas ini yang dikelolakan oleh Cas Ligas adalah merupakan iniseatif kerajaan negeri Terengganu dalam memastikan kecekapan pengangkutan awam. Bas ini dilengkapi dengan penghawa dingin, GPS, LED destinasi penunjuk arah serta CCTV menjadikannya suatu kelainan jika dilihat dari kelengkapan bas yang biasa dinaiki.

Destinasi bas ini telah dipertingkatkan ke seluruh sekitar di kawasan Kuala Terengganu hingga ke Sekitar kawasan Gong Badak. Selain menawarkan harga yang berpatutan, bas ini menjadi pilihan juga kerana keselesaan serta bentuknya yang lain dari yang lain.

0 comments:

Post a Comment