SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Berita@Besut

Berita@Besut

53 teksi sertai perarakan 1Malaysia

Sebanyak 53 buah teksi dan kereta sewa menyertai perarakan 1Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia bermula dari perhentian teksi Kuala Besut dekat sini hari ini.Perarakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Kuala Besut, Mahligai Ekspres dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut. Ia melibatkan perjalanan secara konvoi sejauh kira-kira 35 kilometer menuju ke Jerteh dan terus ke Kampung Raja sebelum berpatah semula ke Kuala Besut. Konvoi itu dilepaskan oleh ADUN Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar. Setiap kereta dihiasi dengan Jalur Gemilang mengikut kreativiti pemandu masing-masing dan mereka memakai kemeja T yang seragam warnanya iaitu merah dan kuning.

Sesuai dengan lokasi Kuala Besut yang terkenal sebagai transit ke pulau peranginan, Pulau Perhentian ini secara tidak langsung merupakan promosi untuk menarik pelancong luar dan tempatan ke pulau tersebut.

0 comments:

Post a Comment