SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Panaroma Senja@ Seberang Takir

Panaroma Senja@ Seberang Takir






Jom kita kenali Kampung Seberang Takir yang terletak dalam Daerah Kuala Terengganu. Jika dilihat dari segi kedudukan dan penduduknya, Seberang Takir adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Sejarah asalnya pada dahulu, Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Tapi semuanya sudah berubah sekarang atas faktor pembangunan dari pelbagai aspek. Keindahan seberang Takir adalah salah satu faktor ianya dikenali serta kerana ianya mempamerkan keindahan perkampungan nelayan.

Baru-baru ini, penulis sempat meluangkan masa untuk merakamkan foto-foto pada waktu senja bagi tujuan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia amnya serta seantero dunia khasnya. Penulis begitu terpegun melihat anugerah keindahan yang begitu memukau sesiapa sahaja. Indahnya negeri bertuah, Terengganu Darul Iman kerana telah diberi pelbagai keindahan alam semulajadi. Bersesuaian ianya diikitiraf sebagai negeri Pelancongan unggul berlandaskan Alam semulajadi. Bersama-sama kita berkunjung ke Terengganu untuk melihat secara lebih dekat lagi keindahan yang banyak lagi perlu diterokai.




TERKINI!!!

0 comments:

Post a Comment