SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: March 2011

9,239 calon dapat semua A dalam peperiksaan SPM


PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud. - Utusan

SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang

Button Badge | Terengganucreative

Anda tercari-cari button badge yg menarik untuk tempahan??



(Sedia menerima Tempahan Majlis Perkahwinan,Kelab,Universiti,Sekolah dan Apa Sahaja-FREE DESIGN)

Peluang tunai umrah dibuka | Terengganu


Kerajaan negeri merancang mengadakan penerbangan terus dari sini ke Jeddah untuk mengerjakan umrah secara berkala, tiga bulan sekali.

Penerbangan pertama akan berlepas menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini petang Jumaat ini melibatkan kumpulan penerima Anugerah Umrah kerajaan negeri daripada kalangan mereka yang terlibat dalam operasi haji musim lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penerbangan Anugerah Umrah ini merupakan sumbangan sosial kerajaan selaras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

“Peluang menunaikan umrah itu juga dibuka kepada kakitangan kerajaan negeri dengan kapasiti muatan 450 tempat duduk disediakan bagi satu penerbangan,” katanya.

Beliau berkata, program ini menjadi jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat AD Charter Services Sdn. Bhd. yang telah mengendalikan operasi haji musim 2010.

Syarikat berkenaan bersetuju menawarkan satu penerbangan umrah secara terus ke Jeddah dengan harga tiket penerbangan subsidi pada kadar RM1,500 termasuk cukai lapangan terbang.

Pakej harga umrah ditetapkan pada kadar minimum RM3,800 seorang termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan oleh setiap agensi iaitu pakej biasa, sederhana dan kelas pertama di mana pemilihan pakej bergantung kepada tahap kemampuan jemaah.

Selain itu, terdapat empat agensi yang disenaraikan iaitu Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd. dan TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Pada musim haji lalu, sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah Terengganu, selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari negeri lain.

Ahmad memberitahu, langkah menawarkan penerbangan umrah secara terus ini menjadi permulaan bagi agensi-agensi pengendali umrah untuk menjadikan LTSM sebagai hab mengerjakan umrah dan kemudiannya haji di kalangan penduduk Pantai Timur.

“Kerajaan negeri juga merancang untuk menyediakan penerbangan antarabangsa ke beberapa negara termasuk Indo-China, Thailand dan Bandung, Indonesia.

“Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan dengan syarikat penerbangan yang berkenaan,” katanya.

Nak Kongsi Pengalaman Anda??


Glitter Text @ Glitterfy.com

Sekiranya anda pernah melawat terengganu & nak kongsi pengalaman ini kepada semua dalam blog pelancongan ini..bolehlah emelkan ke: farlin1987@gmail.com

*If you ever visit terengganu & want to share this experience to all of this tourism blog .. you can email it to: farlin1987@gmail.com

Thanks..