SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Keunikan Hutan simpan Jambu Bongkok

Keunikan Hutan simpan Jambu Bongkok

Tidak seperti hutan-hutan simpan yang lain, Hutan Simpan Jambu Bongkok di sini merupakan kawasan hutan rendang dengan tanah mendatar yang mudah dimasuki.Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menjadi daya tarikan malah kedudukannya tidak jauh dari Pantai Rantau Abang dan mudah dijengah dari jalan utama turut memberikan kelebihan.Hutan Simpan Jambu Bongkok merupakan antara tiga hutan simpan tanah rawan atau beris yang masih wujud di Semenanjung. Ia juga menjadi 'rumah' kepada beberapa jenis pokok yang tidak mungkin ditemui di hutan simpan dan ini turut menjadi tarikan kepada hutan simpan seluas 700 hektar itu.Walaupun spesies pokok-pokok di hutan simpan itu tidaklah berusia sehingga beratus-ratus tahun namun ia masih unik dan menarik.

Pokok-pokok rendang meredup dan angin pantai menambahkan ketenangan, menjadikannya sebagai pilihan bagi pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti meneroka hutan, perkhemahan dan lain-lain kegiatan rekreasi.Selain calet, kawasan untuk berkhemah disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran, membolehkan mereka yang berminat untuk 'berkampung' beberapa malam di sana.Para pengunjung juga boleh menikmati kemudahan lain seperti jambatan gantung, pondok maklumat dan lorong pejalan kaki.

0 comments:

Post a Comment