SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .

[Ucapan] | FKEE UMP


Selamat menduduki peperiksaan akhir semester dan beroleh kejayaan.aminn..
Daripada kami warga BEP FKEE UMP Pekan Campus!

"Anda inspirasi Kami"

9,239 calon dapat semua A dalam peperiksaan SPM


PUTRAJAYA 23 Mac - Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud. - Utusan

SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang

Button Badge | Terengganucreative

Anda tercari-cari button badge yg menarik untuk tempahan??



(Sedia menerima Tempahan Majlis Perkahwinan,Kelab,Universiti,Sekolah dan Apa Sahaja-FREE DESIGN)

Peluang tunai umrah dibuka | Terengganu


Kerajaan negeri merancang mengadakan penerbangan terus dari sini ke Jeddah untuk mengerjakan umrah secara berkala, tiga bulan sekali.

Penerbangan pertama akan berlepas menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini petang Jumaat ini melibatkan kumpulan penerima Anugerah Umrah kerajaan negeri daripada kalangan mereka yang terlibat dalam operasi haji musim lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penerbangan Anugerah Umrah ini merupakan sumbangan sosial kerajaan selaras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

“Peluang menunaikan umrah itu juga dibuka kepada kakitangan kerajaan negeri dengan kapasiti muatan 450 tempat duduk disediakan bagi satu penerbangan,” katanya.

Beliau berkata, program ini menjadi jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat AD Charter Services Sdn. Bhd. yang telah mengendalikan operasi haji musim 2010.

Syarikat berkenaan bersetuju menawarkan satu penerbangan umrah secara terus ke Jeddah dengan harga tiket penerbangan subsidi pada kadar RM1,500 termasuk cukai lapangan terbang.

Pakej harga umrah ditetapkan pada kadar minimum RM3,800 seorang termasuk tiket penerbangan dan penginapan.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan oleh setiap agensi iaitu pakej biasa, sederhana dan kelas pertama di mana pemilihan pakej bergantung kepada tahap kemampuan jemaah.

Selain itu, terdapat empat agensi yang disenaraikan iaitu Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd. dan TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Pada musim haji lalu, sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah Terengganu, selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari negeri lain.

Ahmad memberitahu, langkah menawarkan penerbangan umrah secara terus ini menjadi permulaan bagi agensi-agensi pengendali umrah untuk menjadikan LTSM sebagai hab mengerjakan umrah dan kemudiannya haji di kalangan penduduk Pantai Timur.

“Kerajaan negeri juga merancang untuk menyediakan penerbangan antarabangsa ke beberapa negara termasuk Indo-China, Thailand dan Bandung, Indonesia.

“Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan dengan syarikat penerbangan yang berkenaan,” katanya.

Nak Kongsi Pengalaman Anda??


Glitter Text @ Glitterfy.com

Sekiranya anda pernah melawat terengganu & nak kongsi pengalaman ini kepada semua dalam blog pelancongan ini..bolehlah emelkan ke: farlin1987@gmail.com

*If you ever visit terengganu & want to share this experience to all of this tourism blog .. you can email it to: farlin1987@gmail.com

Thanks..

[Taman Tamadun Islam] Masjid Sultan dijangka siap Jun


Glitter Text @ Glitterfy.com



KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Masjid Sultan dari Singapura yang merupakan monumen ke-22 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini sedang dibangunkan dan ia dijangka siap Jun ini.

Pengarah Urusan TTI, Engku Md. Azmi Engku Abd. Rahman berkata, pembinaan monumen itu termasuk dalam pembangunan fasa kedua yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM6 juta.

Menurutnya, ia sebagai menghargai permintaan pengunjung dari Singapura yang mencadangkan supaya sebuah mercu tanda dari negara itu turut diabadikan sebagai antara monumen di taman pelancongan berkenaan.

"Masjid Sultan yang dibina pada skala 1:7 berbanding reka bentuk bangunan asal juga sebagai menghargai pengunjung negara itu yang mencatat jumlah paling ramai di kalangan negara Asia ke TTI, "katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Engku Md. Azmi, selain itu, monumen Masjidil Haram turut menjalani proses pengubahsuaian di mana teater sedia ada bakal dinaik taraf yang dilengkapi kecanggihan tiga dimensi (3D), dikenali sebagai Virtual Hajj.

"Apabila siap kelak, pengunjung pastinya akan dapat merasai suasana dan pengalaman jemaah haji dengan lebih selesa dan menarik selain mendapat maklumat lebih terperinci,'' jelasnya.

Kata beliau, fasa kedua itu turut melibatkan pembinaan kincir angin yang merujuk kepada kincir air umat Islam zaman lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari.

"Kincir yang berukuran diameter sembilan meter itu turut digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI dan ia adalah suatu inovasi Islam silam yang mahu diketengahkan semula untuk pengetahuan dan tontonan seluruh pengunjung taman ini tidak lama lagi.

"Dengan siapnya kesemua pembangunan itu, pihaknya mengharapkan dapat menarik jumlah pengunjung lebih ramai ke TTI bagi menyaksikan beraneka monumen dan seni bina Islam di dalam satu taman," katanya.

TTI kini menempatkan 21 replika monumen dan tugu termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Sepanyol) dan Taj Mahal (India).

Begitu juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd. Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Rusia) dan Mimbar Xian (China).

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H masihi 2011!

Dikesempatan ini, Kami dari keunikan warisan terengganu ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi. Semoga ia memberi rahmat kepada kita semua. Rasul junjungan Umat.

✓✓ TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.

Ikhlas Daripada : Keunikanwarisanterengganu
✓✓SuMber InfOrMasi Blog PeLanCongan TerenGGanu No.1 Anda ✓✓

Keputusan Penuh Final Badminton Terbuka Malaysia 2011

Keputusan penuh perlawanan akhir Badminton Super Siri Malaysia Open 2011 menyaksikan gelaran juara perseorangan masih kekal milik Datuk Lee Chong Wei selepas mengalahkan seterunya dari negara jiran Indonesia Taufik Hidayat dalam tempoh yang sangat singkat 37 minit 21-8,21-17.

Kejuaraan tersebut membolehkan beliau melengkapkan koleksi kejuaraannya di terbuka Malaysia ke angka 7. Malam ini beliau dijangka akan berlepas ke Korea untuk siri terbuka Korea 2011. Syabas diucapkan kepada kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengharumkan nama negara sekali lagi.

keputusan penuh-->http://www.tournamentsoftware.com/sport/matches.aspx?id=ED021760-5707-402C-93BD-B9A416AA8734&d=20110123

Berminat untuk mengiklankan lebih pantas??

Kami di Portal Pelancongan telah membuka peluang kepada anda yang berminat untuk mempromosikan blog/produk/perniagaan anda melalui http://www.mudahiklan.blogspot.com

Semua iklan yang dipaparkan adalah PERCUMA. Ini salah satu tanggungjawab sosial kami kepada anda.Terima kasih atas sokongan anda terhadap Portal ini.

Monsoon Cup 2010 Kembali lagi!!!

Datanglah beramai-ramai dan rebutlah peluang untuk menyaksikan acara pelayaran sebenar bertaraf Dunia di Pulau Duyung, Terengganu bermula sekarang ( 30 Nov-05 Dec 2010).
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.monsooncup.com.my/


10 juta pelancong di Terengganu

TERKINI :

21 Nov. – Kerajaan negeri yakin Terengganu akan mengalami limpahan pelancong sehingga mencecah 10 juta orang setahun apabila Tasik Kenyir mula berfungsi sebagai zon bebas cukai menjelang akhir tahun 2012.

Tasik buatan manusia terbesar di Asia yang dijadikan zon berkenaan bakal menjadi pemangkin cukup kuat bagi melonjakkan industri pelancongan dan ekonomi negeri malah mengurangkan pergantungan kepada hasil petroleum.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat khususnya di sekitar daerah ini bersiap sedia untuk turut serta dalam pelbagai kegiatan bagi menjana ekonomi dan tidak sekadar menjadi pemerhati.

Katanya, keutamaan akan tetap diberikan kepada rakyat negeri ini untuk turut serta, namun melalui peluang yang terbuka kelak, mereka perlulah meneroka secara kreatif penglibatan dalam industri pelancongan.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berhampiran tidak ghairah menjual tanah-tanah mereka, sebaliknya memanfaatkan sebagai asas perniagaan termasuk membangunkan premis penginapan.

“Kita menyasarkan ia akan mula beroperasi pada Ogos 2012 dan berharap pelbagai jabatan dan agensi berkaitan mengurangkan kerenah birokrasi bagi menjayakannya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Dengan Pemimpin Masyarakat Setempat dan Taklimat Mengenai Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai di Dewan Majlis Daerah, di sini hari ini.

selain menjadi destinasi membeli belah utama, ia akan menjadi pusat rekreasi keluarga dengan pelbagai tarikan seperti taman tema air, taman bunga, herba dan taman haiwan di samping syurga bagi pemancing antarabangsa.Tasik Kenyir seluas 65,417 hektar dan mempunyai 340 pulau dengan pelbagai daya tarikan tersendiri mendapat kelulusan Kerajaan Pusat pada September lalu untuk dijadikan zon berkenaan.

Destinasi Lensa Foto Terbaik



Terbukti Terengganu mempunyai lokasi penggambaran foto lensa yang terbaik. Itulah unggapan yang boleh tafsirkan melalui pengalaman penulis sepanjang mengendalikan portal rasmi blog pelancongan Terengganu yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Sebagai mesej yang jelas, penulis ingin mengajak seluruh pencinta warisan alam untuk turun beramai-ramai bersama-sama dalam merakamkan foto lensa yang terbaik ini. Selain menghayati permandangan yang begitu indah dan mengasyikkan, ianya dapat menenangkan fikiran buat seketika.

Rebutlah peluang yang ada bagi memastikan penghasilan foto yang terbaik yang dirakamkan adalah dari negeri yang bertuah iaitu negeri Terengganu Darul Iman. Itulah pengiktirafan yang perlu diberikan kepada negeri Terengganu Darul Iman dan boleh diibaratkan seperti "Terengganu Sentiasa Di hatiku".

Dekorasi Semulajadi




Kali ini penulis ingin mengajak pembaca blog untuk melihat secara dekat dekorasi semulajadi berlatarkan permandangan bot di negeri Terengganu. Permandangan yang begitu indah mencerminkan keindahan seperti perkampungan nelayan juga terserlah dalam lensa foto yang dipaparkan. Siapa sangka, Terengganu yang dahulunya penuh dengan warisan semulajadi kini berwajah menarik dengan permandangan yang indah di mana-mana sahaja di daerahnya. Kelibat bot menyerlahkan lagi permandangan yang begitu mengasyikkan serta menaikkan semangat alam semulajadinya.

Dengan ibu negerinya yang indah dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air, membuktikan produk pembangunan pelancongan negeri Terengganu tidak memfokuskan pada sesuatu aspek sahaja. Jelas sekali dengan anugerah alam semulajadinya, menjadikan Terengganu semakin unggul dan pelopor dalam aspek produk pelancongan di Malaysia khususnya dan luar negara amnya.

Indah Permai







Buat julung-julungnya, permandangan indah matahari terbit dipaparkan berdasarkan foto-foto yang dirakamkan sendiri oleh penulis. Baru-baru ini penulis sempat meluangkan masa untuk merakamkan foto-foto yang memberikan imej yang jelas kepada semua pelancong atau pun bakal pengunjung ke negeri Terengganu Darul Iman. Indah permai permandangan pada waktu pagi berlatarbelakangkan pantai yang tenang. Hembusan bayu yang dingin sedikit sebanyak memberikan kesegaran kepada penulis semasa merakamkan lensa foto.

Penulis sanggup meluangkan masa demi untuk memastikan semua paparan yang dihasilkan melalui ruangan portal rasmi blog pelancongan Terengganu ini berkualiti dan dapat menyampaikan suatu mesej yang jelas kepada semua tentang gambaran sebenar negeri Terengganu Darul Iman. Penulis berasa berpuas hati sekiranya paparan yang dipaparkan melalui blog ini dapat membantu meningkatkan pengunjung-pengunjung ke negeri Terengganu Darul Iman. Boleh dianggapkan ianya merupakan suatu saluran yang tepat untuk menyampaikan mesej kerajaan secara terus melalui ruangan ini. Tahniah dan syabas diatas inisiatif untuk penganjuran portal blog pelancongan Terengganu!



Lensa@Sekitar Bandaraya Kuala Terengganu




Bandaraya Kuala Terengganu sememangnya suatu pengiktifan buat negeri Terengganu atas pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memastikan tahap kualiti negeri terus melonjak ke tahap yang paling maksimum. Keindahan Terengganu bukan sahaja terletak pada Alam semulajadinya, bahkan suasana pemandangan sekitar Bandaraya Kuala Terengganu juga dapat menjadi tarikan buat pengunjung yang datang.

Siapa sangka keindahan Bandaraya yang begitu tenang tanpa kesibukkan ibukota telah membuka mata semua terutamanya pada waktu malam. Lensa foto penulis kali ini telah meninjau beberapa tempat di sekitar Bandaraya pada waktu malam bagi tatapan pembaca setia untuk dikongsikan bersama-sama. Mungkin ramai yang tidak sempat berkunjung ke Terengganu untuk jangka masa terdekat bagi melihat suasana Bandaraya pada waktu malam. Penulis telah berusaha untuk memberikan foto lensa terbaik untuk tatapan semua dengan merakamkan di beberapa tempat-tempat menarik baru-baru ini. Penulis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pembaca blog yang setia tentang perkembangan pelancongan negeri Terengganu. Tahniah di ucapkan kepada semua!



"Keindahan Terengganu, Perhatian Dunia"

Istana Maziah@Kuala Terengganu





Dari foto lensa perkampungan nelayan, kali ini jom kita mengenali pula Istana Maziah. Tersegam indah di tengah Bandaraya Kuala Terengganu, Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu. Istana ini terletak berhampiran dengan Bukit Puteri iaitu berada dalam kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

Istana Maziah telah menyimpan pelbagai kenangan serta memorinya dari dahulu hinggalah sekarang. Keindahan rekabentuk serta sejarahnya telah menggamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Jangan lupa berkunjunglah ke sini sekiranya anda berada di Terengganu untuk merakamkan foto-foto yang begitu menarik untuk tatapan bersama.


Menarik!!!

Panaroma Senja@ Seberang Takir






Jom kita kenali Kampung Seberang Takir yang terletak dalam Daerah Kuala Terengganu. Jika dilihat dari segi kedudukan dan penduduknya, Seberang Takir adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan. Sejarah asalnya pada dahulu, Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh. Tapi semuanya sudah berubah sekarang atas faktor pembangunan dari pelbagai aspek. Keindahan seberang Takir adalah salah satu faktor ianya dikenali serta kerana ianya mempamerkan keindahan perkampungan nelayan.

Baru-baru ini, penulis sempat meluangkan masa untuk merakamkan foto-foto pada waktu senja bagi tujuan untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia amnya serta seantero dunia khasnya. Penulis begitu terpegun melihat anugerah keindahan yang begitu memukau sesiapa sahaja. Indahnya negeri bertuah, Terengganu Darul Iman kerana telah diberi pelbagai keindahan alam semulajadi. Bersesuaian ianya diikitiraf sebagai negeri Pelancongan unggul berlandaskan Alam semulajadi. Bersama-sama kita berkunjung ke Terengganu untuk melihat secara lebih dekat lagi keindahan yang banyak lagi perlu diterokai.




TERKINI!!!

Memori pengalaman@ Kuala Terengganu





Pelbagai memori coretan terindah boleh diungkapkan apabila melihat sesuatu perkara yang berlaku. Melihatkan gelagat seekor anak kera dikawasan perkampungan Batu Rakit, Kuala Terengganu telah menarik perhatian penulis untuk dikongsikan bersama-sama. Mungkin ini dianggap perkara biasa, tetapi bayangkan apabila anda sendiri berada pada situasi tersebut. Mungkin anda boleh tergelak bersama dengan anak-anak apabila melihat telatah kera tersebut. Dengan gaya yang bersahaja, ia memetik kelapa dengan pantas apabila menerima arahan daripada pemeliharanya. Pelbagai ragam dan suasana perkampungan yang begitu tenang tanpa kebisingan seperti di kota dapat menenangkan fikiran seketika dengan pelbagai aksi. Mungkin suasana perkampungan beginilah yang ingin penulis ketengahkan untuk dirasai bersama-sama warga Malaysia..

Gelagat!!!

Noor Arfa Batik Terengganu

Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebakan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Mengikut sejarahnya,Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.
Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin,meletak jawatan kerana untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.



Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.


Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.



Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.
Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

untuk maklumat lanjut,lawati website: http://www.noor-arfa.com.my/





TERKINI!!!

Lapangan Terbang Canggih Di PANTAI TIMUR



Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu adalah merupakan sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu,sebuah bandar raya di negeri Terengganu,Malaysia.Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang serba moden dan canggih di Pantai Timur. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah, Madinah.Pada 11Oktober,sebuah Boeing 747-400 mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.


TERKINI!!!

Pendidikan@UniSZA



Kewujudan UniSZA di Terengganu telah merancakkan lagi sektor pendidikan di negara ini amnya dan Negeri Terengganu khususnya. UniSZA atau lebih dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin adalah salah satu institusi yang telah melahirkan ramai graduan pada awal penubuhan KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin).Dahulunya ianya di kenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Baru-baru ini telah diadakan Majlis Konvokensyen Kali-2 Bertempat Di UnisZA Kampus Gong Badak.
Diharapkan dengan penjenamaan semula UniSZA ini dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan di Universiti khususnya di Terengganu.

Lokasinya yang begitu strategik kerana bersebelahan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Penyertaan daripada semua pelajar-pelajar ke UniSZA amatlah terbuka luas dalam membuka tirai kecemerlangan pada masa hadapan.


TERKINI!!!

Sultan's Cup Terengganu Endurance





Perlumbaan kuda lasak Sultan's Cup Terengganu Endurance Challenge 2010 akan membuka tirai perlawanan pada 5 - 7 November 2010 bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong Setiu, Terengganu. Acara yang berprestij ini julung kali akan mempamerkan kehebatan perlumbaan daripada pelbagai penyertaan. Kejohanan ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Perlancongan. Sebarang pertanyaan bolehlah di ajukan melalui talian :

Phone : 09-626 2946 / 4946 / 631 8840
Fax : 09-626 1946 / 631 8841













TERKINI!!!

Masjid Terapung!






Keunikan masjid yang terletak di Kuala Ibai,Terengganu telah menarik hati penulis untuk memaparkan dalam ruangan blog pelancongan Terengganu. Apa tidaknya, penulis terpegun seketika melihat keunikan masjid yang di lebih kenali sebagai masjid ''terapung'' ini semakin memukau hati dengan rekabentuk dan keindahan lanskapnya setelah di selenggarakan oleh kerajaan. Ini seharusnya dipuji oleh masyarakat amnya kerana ia adalah salah satu imej kepimpinan kerajaan itu sendiri.

Baru-baru ini penulis sempat merakamkan foto-foto keindahan dengan lensa kamera bagi permandangan masjid ini. Diharapkan dengan paparan kali ini dapat menterjemahkan hasrat penulis bagi menggalakkan rakyat malaysia meninjau sendiri negeri bertuah ini, Terengganu Darul Iman secara dekat dalam konteks mempromosikan Terengganu dalam sektor Pelancongan.


TERKINI!!!

Balai Cerap KUSZA





Balai Cerap KUSZA yang terletak di Mukim Merang Setiu, Terengganu adalah merupakan salah satu lokasi yang patut dilawati oleh semua. Keunikannya adalah kerana lokasi berkedudukan yang amat strategik, merupakan salah faktor yang memainkan peranan yang besar dalam fokus terhadap pembangunan ilmu falak di tanah air. Balai Cerap ini mampu menerajui bidang Falak dengan penekanan praktikal dengan begitu berkesan. Selain itu, Balai Cerap KUSZA ini juga menjadi tumpuan ramai semasa proses melihat anak bulan khususnya pada awal dan akhir ramadhan serta lain-lain program ayng berkaitan. Balai Cerap KUSZA, Terengganu merupakan antara tempat-tempat terulung di Malaysia di dalam pengkajian ilmu Falak di negara ini. Jom kita lawati untuk mengetahui unikannya.

TERKINI!!!