SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .

Anyaman kraf Terengganu





Barangan-barangan kraf terengganu telah diangkat dalam memastikan popularitinya semakin mendapat tempat di kalangan ramai. Pelbagai iniseatif telah diambil oleh kerajaan bagi tujuan itu. Memang tidak dapat dipertikaikan lagi, kraf mempunyai nilai yang tersendiri bersesuaian dengan peredaran zaman. Bagi tujuan itu, pelbagai produk kraf telah dipasarkan di negeri ini meliputi pelbagai produk berasaskan pelbagai bahan-bahan. Sememangnya bagi pengunjung-pengunjung yang datang dinegeri ini, tidak sahlah jika menjenguk seketika pelbagai produk kraf yang di pasarkan dinegeri Terengganu Darul Iman.

Pasar Payang

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Sejarah@IPGM Kampus Dato'Razali Ismail

Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu.

Kawasan ini dipersetujui dan diterima untuk dijadikan tapak IPGM oleh pihak-pihak yang berkenaan yang ketika itu Terengganu adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Ibrahim Fikri. Pampasan dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah.

Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai institusi perguruan di negara ini.

IPGM adalah institut perguruan berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981.

Mereka menjalankan kursus selama tiga tahun. Guru pelatih ini menjadi perintis berjumlah 189 orang yang menjalankan kursus perguruan asas tiga tahun. Mereka ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang dapat menampung seramai 720 orang guru pelatih.

Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981 dan di tempatkan buat sementara waktu di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga akhir Februari 1981 sebelum berpindah ke IPGM Batu Rakit.

Urusan pentadbiran institut yang bermula pada Oktober, 1981 telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan institut. Pada bulan April 1982 dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan institut yang berjumlah seramai 127 orang.

Diharapkan IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dapat melahirkan guru-guru yang berdedikasi untuk mendidik anak bangsa yang bakal menerajui kepemimpinan negara pada masa akan datang

Sejarah@UMT

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah.

Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi.

Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu. Mulai 1 Februari 2007 KUSTEM dengan rasminya ditukar taraf sebagai universiti penuh dengan nama UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Sejarah@Hulu Terengganu

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.

Namun begitu kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Kebanyakan masyarakat di sini adalah petani. Namun kini ramai yang beralih arah kepada menjadi peniaga.

(Sumber dipetik : Wikepedia)

Latar Belakang@Kemaman

DAERAH KEMAMAN merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun bersempadan dengan Laut China Selatan.

Bancian penduduk sehingga 1940-an menunjukkan daerah ini juga yang ketiga dari segi jumlah penduduknya selepas Kuala Terengganu dan Besut. Bagaimanapun, bancian ini telah berubah selepas penemuan petroleum sekitar tahun 1970-an yang meletakkan daerah ini di tempat kedua selepas Kuala Terengganu.

Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Cukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :

  1. Kawasan pantai.
  2. Kawasan Pedalaman
  3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai)
(Sumber Fakta : Majlis Perbandaran Kemaman)

Sejarah@Marang

Pelbagai cerita dan dongeng dikaitkan dengan asal usul nama daerah Marang ini,di antaranya yang menarik nya ialah dipercayai ianya berasal daripada nama seorang peniaga keturunan Cina yang sangat terkenal pada suatu masa dahulu.Peniaga ini dipanggil Ma dan beliau tinggal di kuala sungai.Diceritakan beliau adalah seorang pengusaha hasil laut yang dikeringkan seperti ikan dan sotong.Pada masa itu di kediaman beliau terdapat banyak jemuran hasil-hasil laut tadi yang dipanggil “rang” oleh penduduk tempatan.Dipercayai oleh kerana banyak nya “rang” itu dan terkenal nya pengusaha cina yang bernama Ma tadi maka terbitlah nama Marang yang sehingga kini diguna pakai.


Sejarah pentadbiran Daerah Marang pula telah bermula sebelum daripada pemerintahan Baginda Omar (1839 – 1876). Ia diketahui oleh pembesar – pembesar daerah yang dilantik oleh Tuanku Al- Sultan.Pentadbiran oleh pembesar daerah ini adalah berasaskan kepada pemerintahan kawasan sungai (river districts). Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari tahun 1881 hingga 1918 M, Yang Dipertuan Muda Tengku Mohamad telah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Marang manakala Tengku Putra yang diwakili isterinya iaitu Puteri kepada Tengku Long dan Tengku Safiah diberi kuasa menjaga kawasan Sungai Merchang. Mereka adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran kutipan cukai dan hasil. Penghulu – penghulu tidak mempunyai kuasa mentadbir. Kuasa mereka hanya terhad kepada kampung – kampung tertentu sahaja.


Pada tahun 1912 sistem pentadbiran daerah oleh pembesar – pembesar daerah telah digantikan oleh Pegawai Daerah yang juga mentadbir berasaskan pemerintahan kawasan sungai (river districts). Pegawai Daerah Marang yang dilantik itu akan mentadbir kawasan ‘ river districts ’ yang terangkum di dalam Daerah Marang termasuk Merchang.

Pada tahun 1923 ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari 1920 hingga 1942, Penasihat British yang pertama di Terengganu iaitu J.L. hunphreys telah memperkenalkan sistem pentadbiran wilayah yang baru di mana Daerah Kuala Terengganu. Kuala Berang dan Marang diletakkan di bawah Jajahan tengah dengan pusat pentadbiran nya di Kuala Terengganu. Daerah – daerah lain seperti Kemaman, Kemasik, Paka dan Dungun telah diletakkan di bawah jajahan Timur dengan pusat pentadbirannya di Kemaman. Manakala Besut dan Setiu diletakkan di bawah Jajahan Barat dengan pusat pentadbirannya di Kampung raja. Setiap jajahan tersebut diketuai oleh seorang Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Penolong Penasihat British dan Pegawai Daerah masing –masing.


Bagi memperkemaskan lagi pentadbiran daerah, bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina pada tahun 1915 berasaskan kepada model Pejabat Daerah Johor. Berdasarkan maklumat lisan, Bangunan Pejabat Daerah Marang yang pertama telah dibina di tepi Muara Sungai Marang.

(Sumber Fakta: Wikipedia)

Sejarah@Setiu

Setiu adalah nama seorang Pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun 1870an. Ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka . Antara mereka adalah seorang Pahlawan bernama Tok Setiu. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain dari kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II ia itu Sultan Terengganu yang ke-10 ( 1875 - 1881).

Dengan persetujuan Sultan Ahmad II beliau membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut suatu kawasan. Berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu menerima kekalahan. Memandangkan hal yang demikian Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam mengalami kekalahan.

Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanyan sebagai Ketua di kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai. Semasa pimpinan Tok setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai, adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduknya yang belajar daripadanya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok getah dan semak samun. Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupanya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkannya.Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk kampung menamakan tempat itu sebagai SETIU hingga sekarang menjadi sebuah Daerah.

Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985. Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 km²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).

(Sumber Fakta: Majlis Daerah Setiu)

Sejarah@Besut

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut.Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam .

Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama Besut jadi dipercayai nama Besut adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan dari buku karangan Raja Ali Haji.

(Sumber Fakta: Majlis Daerah Besut)

Sejarah@Dungun

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu. Campurtangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 – 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.

Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

`This list, which was prepared in 1365 in the Negarakretagama includes not only Terengganu but also Paka and Dungun, two rivers in the south of the state which in modern times can boast nothing larger than a fishing village’

Dungun dikatakan berasal daripada nama pokok Dungun (sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar) dan dipercayai telah dibuka oleh pendatang daripada Pagar Ruyung, Sumatera dengan berdasarkan kepada:-

Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ( 1881 – 1918 ), daerah Dungun diserahkan kuasa berkaitan hasil mashul kepada Tengku Bukit, nenda saudara baginda.

Kedua, jika dikaji kenapa orang dulu dulu suka ambil nama pokok untuk dijadikan nama bagi satu-satu tempat.

Untuk bacaan seterusnya berkenaan asal usul dungun, boleh lihat di Sejarah Awal Dungun kat website PMN.

(Sumber Fakta : Wikipedia)

Keunikan Hutan simpan Jambu Bongkok

Tidak seperti hutan-hutan simpan yang lain, Hutan Simpan Jambu Bongkok di sini merupakan kawasan hutan rendang dengan tanah mendatar yang mudah dimasuki.Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menjadi daya tarikan malah kedudukannya tidak jauh dari Pantai Rantau Abang dan mudah dijengah dari jalan utama turut memberikan kelebihan.Hutan Simpan Jambu Bongkok merupakan antara tiga hutan simpan tanah rawan atau beris yang masih wujud di Semenanjung. Ia juga menjadi 'rumah' kepada beberapa jenis pokok yang tidak mungkin ditemui di hutan simpan dan ini turut menjadi tarikan kepada hutan simpan seluas 700 hektar itu.Walaupun spesies pokok-pokok di hutan simpan itu tidaklah berusia sehingga beratus-ratus tahun namun ia masih unik dan menarik.

Pokok-pokok rendang meredup dan angin pantai menambahkan ketenangan, menjadikannya sebagai pilihan bagi pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti meneroka hutan, perkhemahan dan lain-lain kegiatan rekreasi.Selain calet, kawasan untuk berkhemah disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran, membolehkan mereka yang berminat untuk 'berkampung' beberapa malam di sana.Para pengunjung juga boleh menikmati kemudahan lain seperti jambatan gantung, pondok maklumat dan lorong pejalan kaki.

Berita@Besut

53 teksi sertai perarakan 1Malaysia

Sebanyak 53 buah teksi dan kereta sewa menyertai perarakan 1Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia bermula dari perhentian teksi Kuala Besut dekat sini hari ini.Perarakan itu merupakan anjuran bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa Kuala Besut, Mahligai Ekspres dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut. Ia melibatkan perjalanan secara konvoi sejauh kira-kira 35 kilometer menuju ke Jerteh dan terus ke Kampung Raja sebelum berpatah semula ke Kuala Besut. Konvoi itu dilepaskan oleh ADUN Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar. Setiap kereta dihiasi dengan Jalur Gemilang mengikut kreativiti pemandu masing-masing dan mereka memakai kemeja T yang seragam warnanya iaitu merah dan kuning.

Sesuai dengan lokasi Kuala Besut yang terkenal sebagai transit ke pulau peranginan, Pulau Perhentian ini secara tidak langsung merupakan promosi untuk menarik pelancong luar dan tempatan ke pulau tersebut.

Berita Terkini

Anak negeri Terengganu digalak ceburi industri penerbangan

Kerajaan negeri sedang mengambil beberapa pendekatan untuk membantu anak-anak Terengganu bagi memenuhi peningkatan jumlah pekerjaan dalam industri penerbangan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ini kerana, pihaknya sudah dua kali menerima permohonan mengenainya sejak memperkenalkan pembiayaan dalam program penerbangan kepada anak-anak Terengganu tahun lepas.Justeru, katanya, kerajaan negeri sedang berbincang dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) untuk mengambil anak Terengganu bekerja dengan syarikat berkenaan. Sebelum ini, sebanyak 20 orang anak Terengganu diberikan latihan sebagai juruterbang di syarikat penerbangan, Malaysian Airline System Bhd. (MAS) manakala 40 lagi diberikan latihan sebagai juruteknik.

Memori @ Coretan Terindah





Baru-baru ini penulis tidak ketinggalan dalam menghayati suasana pengalaman kedamaian dari hembusan bayu Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu iaitu bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Pantai yang begitu luas kerana proses penambakan laut baru-baru ini telah memberikan satu imej dalam ikon pembangunan di negeri Terengganu. Apa tidaknya, ianya boleh di ibaratkan seperti pantai di atas landasan penerbangan yang melalui kawasan pertengahan laut seperti landasan penerbangan di Jepun.

Ini sedikit sebanyak telah memberikan satu pengalaman baru terutamanya bagi pengunjung-pengunjung yang datang dari luar terengganu. Sememangnya ia adalah salah satu laluan destinasi yang wajib dikunjungi sekiranya anda melalui serta berada disekitar kawasan tersebut.

Buah Salak, Terengganu




Tanaman Buah salak sememangnya tidak asing lagi dinegeri Terengganu. Ini kerana, Terengganu adalah salah satu hub penanaman buah salak di antara negeri-negeri lain. Kerajaan Negeri Terengganu akan mengambil inisiatif untuk memajukan lagi pengeluaran buah salak dan menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran buah salak negara. Ini kerana kerajaan akan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan tanaman salak sebagai satu lagi tanaman pengeluaran makanan negeri Terengganu.Kerajaan negeri juga turut sedang menimbang memberi peruntukan khas kepada petani-petani di Terengganu bagi membolehkan mereka menanam pokok salak secara besar-besaran.

Baru-baru ini,Ketua Pengarah Mardi Dr Abdul Shukor Abdul Rahman telah menyatakan Mardi telah berjaya membuat penyelidikan klon Salak Terengganu yang dijalankan di Stesen Mardi Jerangau sejak tahun 1990.

Kijal, Kemaman



Kijal ialah sebuah pekan di bahagian selatan negeri Terengganu. Jika menurut sejarah secara lisan orang-orang lama,nama Kijal berasal daripada sepohon pokok yang dipanggil Pokok Kijal yang tumbuh di atas Bukit Kijal.Walaubagaimanapun, pokok tersebut telah pupus pada hari ini. Dari segi resort yang berhampiran,Kumpulan Genting telah membina sebuah tempat peranginan yang sangat besar dan mewah iaitu Awana Kijal Golf,Beach & Spa Resort berhampiran kawasan Kijal.

Kijal terkenal juga dengan pantainya yang begitu indah iaitu Pantai Penunjuk Kijal. Selain itu, Kijal juga terkenal dengan makanan tradisional melayu, iatu Lemang. Aktiviti utama penduduk Kijal adalah sebagai nelayan kecil-kecilan dan bercucuk tanam.Penulis sempat merakamkan foto untuk tatapan semua dalam erti kata keunikan warisan terengganu,menggamit memori.

Panoroma Indah Pantai@ Terengganu






Itulah ungkapan yang biasa didengari daripada pelancong-pelancongyang mengunjungi Terengganu. Buktinya panorama yang begitu indah dan mengasyikkan yang terdapat di negeri ini. Dari Pantai di daerah Besut hinggalah ke daerah Kemaman, Panorama yang tenang serta mengasyikkan ini boleh diertikan sebagai anugerah yang tidak ternilai kurniaan Allah S.W.T. Penulis sempat merakamkan lensa-lensa foto sekitar permandangan di Pantai Merang, Pantai Tok Jembal,Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pantai Kemasik, Kemaman untuk tatapan semua masyarakat di Malaysia dalam menghayatinya..

Bot Penambang Terengganu






Bot penambang adalah merupakan salah satu sistem pengangkutan yang biasa digunakan bagi penduduk di sepanjang Sungai Terengganu. Biasanya ianya mudah lihat di sekitar sungai Terengganu kerana kebanyakkan masyarakat lebih menggemari menaiki pengangkutan ini memandangkan kadar bayarannya berpatutan serta mudah didapati. Jika destinasi menaiki bot penambang ini melalui dari Seberang Takir ke Pasar Payang, kadar bayaran yang dikenakan adalah amatlah berpatutan serta dikategorikan sebagai mesra pengguna. Jelas serta unik kerana ianya jarang didapati dinegeri-negeri lain khususnya di Malaysia.

Tasik Kenyir






Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir Terengganu merupakan terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani.

Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal denganjagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Jom kita melalui memori terindah dalam menggamit memori di Tasik Kenyir, Terengganu!

Tahniah inisiatif UMT !

Penyu adalah anugerah alam bagi Terengganu namun ia semakin menghilang daripada ingatan dan pandangan.Tidak ramai yang ambil peduli, apatah lagi untuk menyedari makna kehilangan haiwan yang sebenarnya banyak berjasa bagi negeri pesisir pantai ini.
Jika beberapa dekad lalu, beribu-ribu ekor penyu mendarat di pantai negeri ini khususnya Rantau Abang saban musim untuk bertelur, namun jumlahnya kini mungkin boleh dibilang dengan jari.Bimbangkan ia mungkin lenyap dengan jumlah pendaratan semakin mengecil, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak dari 1984 lagi berusaha membuat kajian mengenai punca-puncanya.

Ia bagi membolehkan langkah-langkah pemuliharaan digerakkan bersama oleh pelbagai pihak dan pada masa yang sama mewujudkan kesedaran masyarakat agar turut serta di samping menghargai haiwan itu.


TERENGGANU Destinasi Penyu

Lemang@Kemaman

Biasanya bagi pengunjung yang bertandang ke Terengganu iaitu menghala ke Kuala Terengganu dari Kemaman, anda pasti tidak akan terlepas dari pemandangan ini. Pemandangan di tepi jalan utama ini pastinya mengajak anda untuk berhenti seketika meninjau apa yang ada di situ. Terkenal dengan nama Gerai Lemang Kijal lokasinya adalah di Daerah Kemaman. Hanya 20 Minit dari Bandar Kemaman anda pastikan menjumpai lokasi ini.

Jika anda menuju ke Kemaman anda, deretan ini akan berada di sebelah kiri anda. Sebaliknya jika anda menuju ke Kuala Terengganu, anda akan menjumpai satu lagi deretan di sebelah kanan anda terlebih dahulu. Dengan bahasa mudahnya, terdapat dua lokasi deretan gerai dalam jarak yang berdekatan. Jika terlepas satu, masih ada lagi dihadapan satu lagi deretan gerai lemang.Lemang merupakan menu utama di deretan gerai-gerai disini. Harga lemang sebatang kebiasaanya RM2-3 sebatang. Keunikannya, ianya di jual sepanjang tahun dan bagi pengunjung-pengunjung yang gemarkan lemang, Terengganu adalah destinasi terbaik dalam merasai sendiri citarasa yang bersifatkan tradisional ini. Jom bertandang ke Terengganu! Destinasi Terbaik Anda.

Coretan~Bersama Penulis :




Terengganu Darul iman negeri yang begitu bertuah di Pantai Timur. Keunikan panorama serta kerancakkan pembangunan membuktikan Terengganu tidak ketinggalan dari era semasa. Dengan dekorasi yang semakin menyerlah di sepanjang laluan pantai, sedikit sebanyak menaikkan rasa minat untuk berkunjung ke negeri Terengganu Darul iman. Baru-baru ini, kesibukan warga kota dari dalam dan luar yang berkunjung ke Terengganu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri telah mewujudkan suasana damai dan harmonis iaitu dalam erti kata lain bersifat kekeluargaan. Penulis sendiri sempat melihat pengalaman tersebut dan memberikan suatu impak tentang kedamaian dan ketenteraman. Bersempena sambutan Hari Penubuhan Malaysia iatu jatuh pada tanggal 16 September, penulis ingin mengajak semua masyarakat untuk memikirkan sejenak erti kedamaian yang telah dimaksudkan.

Jelas semua yang telah dirancang oleh Kerajaan selama ini nyata adalah suatu pelaburan yang besar ertinya. Penulis bersyukur dilahirkan dinegeri bertuah iatu ''Terengganu Darul iman'' kerana telah diberikan pelbagai kemudahan dari pelbagai aspek melangkaui dari negeri-negeri lain. Ini berketepatan dengan slogan ''Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan" iaitu dalam konteks atau berkonsepkan Pentadbiran mesra rakyat,Dilaksanakan untuk faedah rakyat,Dapat dinikmati terus oleh rakyat,Permudahkan untuk rakyat,Pemimpin turun padang membantu rakyat serta Rakyat sejahtera dan selesa.

Terengganu Masters Golf Invitational 2010

TERKINI!!!


Tarikh :1 – 5 Oktober 2010

Tempat : Kelab Golf Desa Dungun, Terengganu

Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Golf Terengganu

Pertandingan Pelita Raya 2010

TERKINI!!!

Program diadakan bagi mewujudkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya dalam mengekalkan tradisional simbahan cahaya lampu
Theme : Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi (Experience the Glittering of 10,000 traditional lights in traditional villages)

Tarikh :4 -6 September 2010
Masa : 10.00 mlm – 12.00 tengahmalam
Tempat: Kampong Baru, Tepoh
Kampong Raja, Tepoh
Kampung Padang Hangus, Tepoh
Kampung Pagar Ubi, Tepoh
Kampung Tokeng, Tepoh

Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri & Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu

Tebu Mountain Challenge 2010

TERKINI!!!

Tarikh : 24 -25 September 2010

Tempat : Lata Belatan, Besut, Terengganu

Penganjur: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu

Salam Aidilfitri & Kemerdekaan dari Kami..




Salam aidilfitri & kemerdekaan dari kami Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia PAHANG Kampus Pekan (UMP Pekan)

Lensa@Panorama Bandaraya





Keindahan panaroma Bandaraya Kuala Terengganu amat memikat pengunjung dengan panorama pesisir air yang begitu indah. Dengan permandangan yang dapat menggamit memori inilah yang menjadikan Kuala Terengganu terus mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara. Panorama semulajadi yang diketengahkan oleh kerajaan telah menjadikan Terengganu "dihati semua"

Desiran Bayu Batu Buruk

PANTAI BATU BUROK adalah antara kawasan riadah paling popular di Terengganu. Pesisiran pantainya yang cantik dan bersih menjadi tumpuan warga tempatan mahupun pelancong luar yang datang bersama keluarga bagi mengisi cuti hujung minggu.

Ada juga yang singgah semata-mata untuk menjamu selera di deretan gerai menghadap kawasan pantai.

Boleh dikatakan, setiap Jumaat dan Sabtu, tarikan pelancongan di negeri pantai timur ini sesak dengan pengunjung.

Selain bersantai, ada yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil menikmati udara segar atau berkelah bersama ahli keluarga.

Makan malam pasti lebih istimewa jika anda berkunjung ke Bistro Batu Burok yang sentiasa menyediakan pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti kesenian anjuran pelbagai agensi kerajaan juga memeriahkan suasana di pantai peranginan ini.

Lazimnya acara ini bermula pada kira-kira 3 petang selepas solat Jumaat selesai.

Antara program merakyatkan seni yang selalu diadakan termasuk pertunjukan pentas seperti drama, manakala acara nyanyian mengambil tempat pada sebelah malam.

Dalam mempopularkan kembali permainan tradisional, pesta pantai juga diadakan bagi mengimbau kembali acara tahunan yang sering kali ditunggu-tunggu oleh warga Terengganu.Semangat pencinta warisan tradisional juga dipersembahkan menerusi seni rodat.

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana anak mereka boleh bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan pantai.

Selain itu, wakaf atau pondok kecil dibina bagi memudahkan pengunjung berehat sementara menantikan cuaca redup pada sebelah petang.

Keadaan pantai juga semakin elok selepas pembinaan tebing tambak bagi membendung masalah hakisan.

Pengunjung tidak perlu risau kerana ada banyak kedai menjual makanan dan pelbagai barangan di sepanjang pantai ini.

Dari warung makan nasi dagang dan keropok lekor yang menjadi hidangan warisan Terengganu, semuanya dapat dinikmati dengan harga yang amat berpatutan.

Pengunjung dari Melaka, Abu Sharin Mohamad, berkata dia akan sentiasa singgah di Pantai Batu Burok setiap kali berkunjung ke Kuala Terengganu walaupun menyedari kawasan peranginan itu sentiasa sesak dengan pengunjung.

"Sebelum ini, saya pernah beberapa kali singgah di pantai ini. Selain kawasannya yang masih terjaga, kami juga suka dengan makanan tempatan yang terdapat di sini.

"Terasa seperti ada kekurangan jika tidak singgah di Pantai Batu Buruk," katanya.

Info


•Proses pengindahan juga meliputi pembinaan taman permainan kanak-kanak, laluan orang ramai, laluan siar kaki, tandas, surau dan pemantauan tahap kebersihan terutama di kawasan pantai.

LATAR BELAKANG KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu dan bandar Di Raja bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini. Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Sejarah menunjukkan Terengganu dan Kuala Terengganu sendiri telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Dalam buku-buku sejarah China seperti ’ Ling-wai-Tai-ta ’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’ Teng-ya-nu’ dan buku Cu-fan-Cih ’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’. Kedua dua nama tersebeut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya ( San-fo-Cih ) pada kurun ke 2. Ptolemy seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu, Pelabuhan itu ialah Primula dan Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

Penemuan khazanah sejarah yang sangat bernilai lain, ia itu seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84cm tinggi , 53cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar dibahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg dan diukir dengan tulisan pada empat penampangnya menggunakan tulisan yang menggunakan campuran bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu, pada tahun 1303 Masehi / 702 Hijrah. Batu tersebut di kenali dengan nama batu bersurat. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad ke empat belas lagi.

31 imam dari Arab Saudi, Mesir di Terengganu

SEMPENA RAMADHAN- Seramai 31 imam dari Timur Tengah ditempatkan di masjid-masjid seluruh Terengganu bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, kerajaan negeri meneruskan program membawa imam dari Arab Saudi dan Mesir yang dimulakan tahun lalu kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah.

Menurutnya, seramai 10 imam didatangkan dari Arab Saudi manakala 21 orang lagi dari Mesir kerana mereka mempunyai kualiti taranum yang baik.

"Ia bagi mengimarahkan lagi masjid sepanjang Ramadan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, imam-imam itu ditempatkan di masjid utama seperti Masjid Abidin, Masjid al-Muktafibillah, Masjid Tengku Zaharah dan masjid-masjid daerah seluruh negeri bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat terawih.

Dalam perkembangan lain Ahmad berkata, kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menghadiahkan 50,000 naskhah al-Quran kepada Terengganu pada tahun ini.

Kerajaan tersebut juga jelasnya, sedia membiayai latihan dan kursus jangka pendek pegawai-pegawai agama dari negeri ini di negara tersebut bagi meningkatkan kecekapan mereka.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana sentiasa memberi bantuan kepada negeri ini dalam usaha meningkatkan syiar Islam," katanya

KT perkenalkan Night River Cruise

Program pelayaran menyusuri muara Sungai Terengganu yang memberi peluang orang ramai merasai dan menatap suasana malam bandar ini mula diperkenalkan sejak 12 September lalu.Program yang dinamakan Night River Cruise menggunakan dua buah bot milik pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) ternyata menarik perhatian pihak media yang dibawa menyusuri muara itu malam tadi.Program itu dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Festival Tanglung 2010 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama lebih 30 Persatuan Kaum Tionghoa dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang akan berakhir pada 28 September ini.

Bot-bot yang disediakan pihak TTI sentiasa sesak dengan pengunjung kerana tertarik untuk mencuba perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM5 seorang.Ia menyusur sepanjang pesisir Dataran Shahbandar, Kampung Cina, sehinggalah ke Taman Tamadun Islam di samping mengelilingi beberapa pulau kecil di sekitarnya.Dalam perjalanan kira-kira setengah jam itu seorang pemandu pelancong menerangkan sejarah pulau-pulau itu dan nama-nama penempatan.Rata-rata penumpang seakan tidak puas menikmati keindahan malam dalam waktu singkat itu.Ia ternyata berpotensi dijadikan daya tarikan baru dalam pakej pelancongan.




Tempat :Pra-Kehangatan Monsoon Cup Terengganu 2010!!!


Permandangan di sekitar Pulau Duyung, Terengganu iaitu tempat rasmi bagi kejohanan Piala Monsoon telah menarik perhatian untuk penulis berkongsi bersama-sama rakyat Malaysia amnya dan seluruh dunia khasnya. Diharapkan dengan foto-foto ini, dapat menaikkan semangat semua bagi mengunjungi kejohanan bagi tahun ini yang akan bermula pada November ini.

informasi@Otak-otak & Satar Terengganu






Otak-otak dan satar sememangnya tidak asing lagi di Terengganu. Cuma yang membezakannya adalah ramuan dalam pembuatan otak-otak dan satar yang menggunakan ikan-ikan segar. Boleh dikatakan ramai masyarakat lebih cenderung merasai dan menikmati keunikan satar dan otak-otak dari negeri Terengganu Darul Iman. Penulis ingin berkongsi pengalaman sedikit sebanyak membantu pengunjung-pengunjung ke negeri Terengganu. Biasanya, lokasi yang menghala ke Batu Rakit, terdapat gerai-gerai menjual otak-otak dan satar.

Bagi pengunjung yang melalui bulatan Balai Polis Batu Rakit, terdapat gerai yang menjual juadah ini. Gerai yang dikenali Sebagai Pok Nor Satar adalah salah satu gerai yang biasanya di kunjungi oleh masyarakat setempat mahupun pengunjung-pengunjung yang ratanya dari luar daerah terengganu sendiri. Keunikan inilah menjadi salah satu faktor satar dan otak-otak terengganu menjadi pilihan sehingga hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Terengganu..

Otak-otak & Satar TERENGGANU!

informasi@Terengganu

Tiga lagi bahasa kursus komunikasi

Pusat Bahasa Terengganu (PBT) di sini akan menambah tiga lagi bahasa untuk kursus kemahiran komunikasi bagi ditawarkan kepada umum pada tahun depan.Ia melibatkan bahasa Jepun, Jerman dan Perancis selain Inggeris, Arab dan Mandarin yang telah diperkenalkan. Tambahan lagi, kuota pelajar seramai 30 orang untuk satu sesi pembelajaran bagi ketiga-tiga bahasa itu.Penambahan itu adalah selaras dengan matlamat penubuhan Pusat Bahasa Terengganu (PBT) iaitu untuk melahirkan masyarakat yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi menjana masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk kakitangan kerajaan dan swasta, para perniaga dan pelajar sewajarnya tidak melepaskan peluang itu kerana ia mempunyai kepentingan dari segi urusan kerjaya, hubungan di peringkat antarabangsa dan pelajaran.

Selain itu, Pusat Bahasa Terengganu (PBT) menyediakan segala keperluan seperti para pensyarah dan fasilitator yang berpengalaman untuk membantu para peserta. Diharapkan dengan penyediaan makmal bahasa bertaraf dunia dan bilik-bilik kuliah yang lengkap serta alat bantu mengajar yang terkini, pusat ini mampu menarik minat pelbagai peringkat usia. Jom kita sama-sama berkunjung ke Pusat Bahasa Terengganu yang terletak di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bersebelahan Kompleks Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Indahnya Pantai Batu Buruk




Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu!!!

Hembusan bayu dari laut telah menberikan isyarat yang jelas terhadap ketenangan panorama pantai Batu Buruk tatkala pada waktu senja dan petang. Selain tempat meluang masa bersama keluarga, Pantai Batu Buruk kini indah dengan kebersihan pantainya disepanjang laluan pasir. Ini mencerminkan keindahan semulajadi yang patut dibanggakan serta telah menarik ribuan pelancong dan pengunjung ke sini.

Keindahan Bandaraya Kuala Terengganu



Bulatan Batu Bersurat,Ladang,Kuala Terengganu!!!

Keindahan monumen-monumen sejarah Terengganu sungguh mengagumkan dengan ciri-ciri replika yang dapat memberi mesej tentang sejarahnya. Itulah yang telah diterapkan dalam pembinaan replika monumen Batu Bersurat yang teletak di Bulatan Ladang,Kuala Terengganu.Keindahannya telah memberikan impak yang besar kepada Bandaraya Kuala Terengganu serta sebagai simbol sejarah kedatangan islam di negeri ini amya.

Lensa@Panorama Dungun





Dungun,Terengganu!!!

Daerah Dungun kembali ceria dengan pelbagai perubahan yang ketara sejak kebelakangan ini. Dengan keunikan cahaya yang berwarna-warni, daerah Dungun kini diangkat sebagai salah satu daerah membangun di negeri ini. Dengan bergelar status Perbandaran, ia di iktiraf daerah yang telah menjanakan peningkatan pendapatan bagi negeri Terengganu. Dengan kepelbagaian tempat pelancongan yang menarik, ia sekaligus mewujudkan daerah Dungun yang tenang dan lebih tenteram berlandaskan alam semulajadi.

Monsoon Cup Terengganu 2010





Pra-Kehangatan Monsoon Cup Terengganu 2010!!!
Kehangatan jelajah Monsoon Cup Terengganu 2010 kian bakal membuka tirai beberapa bulan lagi. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan Terengganu dalam memastikan jelajah kali ini dapat ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan seantero dunia. TV9 salah satu stesen dibawah naungan Rangkaian Media Prima turut menyiarkan acara jelajah yang boleh dikategorikan berprestij ini. Diharapkan dengan berlangsungnya acara jelajah Monsoon Cup Terengganu 2010 ini, bilangan statistik pelancong ke Terengganu akan bertambah ramai dan meningkat seperti yang diharapkan oleh Kerajaan negeri Terengganu amnya.Selain itu,rangkaian stesen Media Prima juga turut mempromosi keunikan dan keindahan Terengganu untuk diketengahkan sepanjang penganjuran..Diharapkan agar semua rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai ke negeri Terengganu untuk melihat secara lebih dekat acara ini..

informasi@Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di kawasan Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Mengikut sekarahnya,nama pulau kapas berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas serta warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia. Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.

Tips
Pulau Kapas sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur (November - Mac).

Pengangkutan
Jalan Darat (Bas)
Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa selama 30 minit.
Talian Untuk Dihubungi


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian :
+609-622 1433 / 1893

Penginapan
Pulau ini mempunyai resort yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.

Selamat Datang Bakal Mahasiswa/siswi








Selamat Datang ke Terengganu Darul Iman di ucapkan buat bakal-bakal mahasiswa/siswi Universiti Malaysia Terengganu (UMT),Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru sahaja mendaftarkan pengajian bagi sesi pengajian kemasukan Julai 2010/2011.Sesungguhnya pemilihan Terengganu sebagai destinasi pengajian terbaik buat semua bakal-bakal mahasiswa/mahasiswi seluruh malaysia amatlah dialu-alukan bagi setiap warga negeri Terengganu Darul Iman.Kewujudan Institusi-institusi inilah sebahagiannya menyumbangkan ke arah sektor yang berstatuskan pelancongan. Kedatangan bakal-bakal pelajar yang bergelar mahasiswa/siswi inilah diharapkan akan datang melonjakkan dan merancakkan promosi ke arah kemasukan bilangan pengunjung ke negeri Terengganu ini. Terengganu bukan sahaja kaya dengan warisan tetapi penuh dengan keunikan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat pelancongan yang terdapat di negeri ini!! Syabas dan Tahniah sekali lagi kerana memilih negeri Terengganu Darul Iman sebagai Institusi Pengajian Tinggi Pilihan semua..!

Beca Terengganu



Beca adalah pengangkutan yang tidak asing lagi pada zaman dahulu terutamanya di negeri Terengganu. Keunikan beca inilah yang menjadikannya salah satu tarikan yang dikenal sehingga ke hari ini. Selain boleh menikmati permandangan dan panaroma di sekeliling Bandaraya Kuala Terengganu semasa menaikinya, beca semakin sinonim dengan negeri Terengganu. Kini pengangkutan ini boleh didapati sekitar Daerah Kuala Terengganu iaitu terutamanya di Pasar Payang. Deratan beca yang menunggu kedatangan anda, menjadikan ia salah satu warisan Terengganu yang dikekalkan.