SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: KT perkenalkan Night River Cruise

KT perkenalkan Night River Cruise

Program pelayaran menyusuri muara Sungai Terengganu yang memberi peluang orang ramai merasai dan menatap suasana malam bandar ini mula diperkenalkan sejak 12 September lalu.Program yang dinamakan Night River Cruise menggunakan dua buah bot milik pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) ternyata menarik perhatian pihak media yang dibawa menyusuri muara itu malam tadi.Program itu dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Festival Tanglung 2010 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama lebih 30 Persatuan Kaum Tionghoa dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang akan berakhir pada 28 September ini.

Bot-bot yang disediakan pihak TTI sentiasa sesak dengan pengunjung kerana tertarik untuk mencuba perkhidmatan tersebut dengan bayaran RM5 seorang.Ia menyusur sepanjang pesisir Dataran Shahbandar, Kampung Cina, sehinggalah ke Taman Tamadun Islam di samping mengelilingi beberapa pulau kecil di sekitarnya.Dalam perjalanan kira-kira setengah jam itu seorang pemandu pelancong menerangkan sejarah pulau-pulau itu dan nama-nama penempatan.Rata-rata penumpang seakan tidak puas menikmati keindahan malam dalam waktu singkat itu.Ia ternyata berpotensi dijadikan daya tarikan baru dalam pakej pelancongan.

0 comments:

Post a Comment