SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: [Taman Tamadun Islam] Masjid Sultan dijangka siap Jun

[Taman Tamadun Islam] Masjid Sultan dijangka siap Jun


Glitter Text @ Glitterfy.com



KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Masjid Sultan dari Singapura yang merupakan monumen ke-22 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini sedang dibangunkan dan ia dijangka siap Jun ini.

Pengarah Urusan TTI, Engku Md. Azmi Engku Abd. Rahman berkata, pembinaan monumen itu termasuk dalam pembangunan fasa kedua yang membabitkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM6 juta.

Menurutnya, ia sebagai menghargai permintaan pengunjung dari Singapura yang mencadangkan supaya sebuah mercu tanda dari negara itu turut diabadikan sebagai antara monumen di taman pelancongan berkenaan.

"Masjid Sultan yang dibina pada skala 1:7 berbanding reka bentuk bangunan asal juga sebagai menghargai pengunjung negara itu yang mencatat jumlah paling ramai di kalangan negara Asia ke TTI, "katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Engku Md. Azmi, selain itu, monumen Masjidil Haram turut menjalani proses pengubahsuaian di mana teater sedia ada bakal dinaik taraf yang dilengkapi kecanggihan tiga dimensi (3D), dikenali sebagai Virtual Hajj.

"Apabila siap kelak, pengunjung pastinya akan dapat merasai suasana dan pengalaman jemaah haji dengan lebih selesa dan menarik selain mendapat maklumat lebih terperinci,'' jelasnya.

Kata beliau, fasa kedua itu turut melibatkan pembinaan kincir angin yang merujuk kepada kincir air umat Islam zaman lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari.

"Kincir yang berukuran diameter sembilan meter itu turut digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI dan ia adalah suatu inovasi Islam silam yang mahu diketengahkan semula untuk pengetahuan dan tontonan seluruh pengunjung taman ini tidak lama lagi.

"Dengan siapnya kesemua pembangunan itu, pihaknya mengharapkan dapat menarik jumlah pengunjung lebih ramai ke TTI bagi menyaksikan beraneka monumen dan seni bina Islam di dalam satu taman," katanya.

TTI kini menempatkan 21 replika monumen dan tugu termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Sepanyol) dan Taj Mahal (India).

Begitu juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd. Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Rusia) dan Mimbar Xian (China).

0 comments:

Post a Comment