
Selamat menduduki peperiksaan akhir semester dan beroleh kejayaan.aminn..
Daripada kami warga BEP FKEE UMP Pekan Campus!
Kerajaan negeri merancang mengadakan penerbangan terus dari sini ke Jeddah untuk mengerjakan umrah secara berkala, tiga bulan sekali.
Penerbangan pertama akan berlepas menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini petang Jumaat ini melibatkan kumpulan penerima Anugerah Umrah kerajaan negeri daripada kalangan mereka yang terlibat dalam operasi haji musim lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penerbangan Anugerah Umrah ini merupakan sumbangan sosial kerajaan selaras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.
“Peluang menunaikan umrah itu juga dibuka kepada kakitangan kerajaan negeri dengan kapasiti muatan 450 tempat duduk disediakan bagi satu penerbangan,” katanya.
Beliau berkata, program ini menjadi jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat AD Charter Services Sdn. Bhd. yang telah mengendalikan operasi haji musim 2010.
Syarikat berkenaan bersetuju menawarkan satu penerbangan umrah secara terus ke Jeddah dengan harga tiket penerbangan subsidi pada kadar RM1,500 termasuk cukai lapangan terbang.
Pakej harga umrah ditetapkan pada kadar minimum RM3,800 seorang termasuk tiket penerbangan dan penginapan.
Terdapat tiga pakej yang ditawarkan oleh setiap agensi iaitu pakej biasa, sederhana dan kelas pertama di mana pemilihan pakej bergantung kepada tahap kemampuan jemaah.
Selain itu, terdapat empat agensi yang disenaraikan iaitu Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd. dan TH Travel & Services Sdn. Bhd.
Pada musim haji lalu, sebanyak tujuh penerbangan dari LTSM membawa 2,387 jemaah haji yang terdiri daripada 1,545 jemaah Terengganu, selain Kelantan (647), Pahang (109) dan 86 jemaah dari negeri lain.
Ahmad memberitahu, langkah menawarkan penerbangan umrah secara terus ini menjadi permulaan bagi agensi-agensi pengendali umrah untuk menjadikan LTSM sebagai hab mengerjakan umrah dan kemudiannya haji di kalangan penduduk Pantai Timur.
“Kerajaan negeri juga merancang untuk menyediakan penerbangan antarabangsa ke beberapa negara termasuk Indo-China, Thailand dan Bandung, Indonesia.
“Bagaimanapun, ia masih di peringkat perbincangan dengan syarikat penerbangan yang berkenaan,” katanya.
21 Nov. – Kerajaan negeri yakin Terengganu akan mengalami limpahan pelancong sehingga mencecah 10 juta orang setahun apabila Tasik Kenyir mula berfungsi sebagai zon bebas cukai menjelang akhir tahun 2012.
Tasik buatan manusia terbesar di Asia yang dijadikan zon berkenaan bakal menjadi pemangkin cukup kuat bagi melonjakkan industri pelancongan dan ekonomi negeri malah mengurangkan pergantungan kepada hasil petroleum.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat khususnya di sekitar daerah ini bersiap sedia untuk turut serta dalam pelbagai kegiatan bagi menjana ekonomi dan tidak sekadar menjadi pemerhati.
Katanya, keutamaan akan tetap diberikan kepada rakyat negeri ini untuk turut serta, namun melalui peluang yang terbuka kelak, mereka perlulah meneroka secara kreatif penglibatan dalam industri pelancongan.
Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berhampiran tidak ghairah menjual tanah-tanah mereka, sebaliknya memanfaatkan sebagai asas perniagaan termasuk membangunkan premis penginapan.
“Kita menyasarkan ia akan mula beroperasi pada Ogos 2012 dan berharap pelbagai jabatan dan agensi berkaitan mengurangkan kerenah birokrasi bagi menjayakannya,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Dengan Pemimpin Masyarakat Setempat dan Taklimat Mengenai Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai di Dewan Majlis Daerah, di sini hari ini.
selain menjadi destinasi membeli belah utama, ia akan menjadi pusat rekreasi keluarga dengan pelbagai tarikan seperti taman tema air, taman bunga, herba dan taman haiwan di samping syurga bagi pemancing antarabangsa.Tasik Kenyir seluas 65,417 hektar dan mempunyai 340 pulau dengan pelbagai daya tarikan tersendiri mendapat kelulusan Kerajaan Pusat pada September lalu untuk dijadikan zon berkenaan.
Phone | : | 09-626 2946 / 4946 / 631 8840 |
Fax | : | 09-626 1946 / 631 8841 |
Copyright © 2009 . |Designed by nik |BloggerTemplate Converted by Untuk Paparan terbaik untuk melayari Portal ini adalah dengan menggunakan Mozilla Firefox