Biasanya bagi pengunjung yang bertandang ke Terengganu iaitu menghala ke Kuala Terengganu dari Kemaman, anda pasti tidak akan terlepas dari pemandangan ini. Pemandangan di tepi jalan utama ini pastinya mengajak anda untuk berhenti seketika meninjau apa yang ada di situ. Terkenal dengan nama Gerai Lemang Kijal lokasinya adalah di Daerah Kemaman. Hanya 20 Minit dari Bandar Kemaman anda pastikan menjumpai lokasi ini.
Jika anda menuju ke Kemaman anda, deretan ini akan berada di sebelah kiri anda. Sebaliknya jika anda menuju ke Kuala Terengganu, anda akan menjumpai satu lagi deretan di sebelah kanan anda terlebih dahulu. Dengan bahasa mudahnya, terdapat dua lokasi deretan gerai dalam jarak yang berdekatan. Jika terlepas satu, masih ada lagi dihadapan satu lagi deretan gerai lemang.Lemang merupakan menu utama di deretan gerai-gerai disini. Harga lemang sebatang kebiasaanya RM2-3 sebatang. Keunikannya, ianya di jual sepanjang tahun dan bagi pengunjung-pengunjung yang gemarkan lemang, Terengganu adalah destinasi terbaik dalam merasai sendiri citarasa yang bersifatkan tradisional ini. Jom bertandang ke Terengganu! Destinasi Terbaik Anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment