SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Coretan~Bersama Penulis :

Coretan~Bersama Penulis :




Terengganu Darul iman negeri yang begitu bertuah di Pantai Timur. Keunikan panorama serta kerancakkan pembangunan membuktikan Terengganu tidak ketinggalan dari era semasa. Dengan dekorasi yang semakin menyerlah di sepanjang laluan pantai, sedikit sebanyak menaikkan rasa minat untuk berkunjung ke negeri Terengganu Darul iman. Baru-baru ini, kesibukan warga kota dari dalam dan luar yang berkunjung ke Terengganu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri telah mewujudkan suasana damai dan harmonis iaitu dalam erti kata lain bersifat kekeluargaan. Penulis sendiri sempat melihat pengalaman tersebut dan memberikan suatu impak tentang kedamaian dan ketenteraman. Bersempena sambutan Hari Penubuhan Malaysia iatu jatuh pada tanggal 16 September, penulis ingin mengajak semua masyarakat untuk memikirkan sejenak erti kedamaian yang telah dimaksudkan.

Jelas semua yang telah dirancang oleh Kerajaan selama ini nyata adalah suatu pelaburan yang besar ertinya. Penulis bersyukur dilahirkan dinegeri bertuah iatu ''Terengganu Darul iman'' kerana telah diberikan pelbagai kemudahan dari pelbagai aspek melangkaui dari negeri-negeri lain. Ini berketepatan dengan slogan ''Merakyatkan Pentadbiran & Pembangunan" iaitu dalam konteks atau berkonsepkan Pentadbiran mesra rakyat,Dilaksanakan untuk faedah rakyat,Dapat dinikmati terus oleh rakyat,Permudahkan untuk rakyat,Pemimpin turun padang membantu rakyat serta Rakyat sejahtera dan selesa.

0 comments:

Post a Comment