Pantai Batu Rakit
Pantai Batu Rakit yang terletak dalam kawasan Kuala Terengganu adalah merupakan salah satu Pantai yang mudah dikenali serta sangat stategik kerana lokasinya yang betul-betul terletak di laluan pantai bagi perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Ke Besut. Keunikan yang ingin dietengahkan oleh penulis adalah sejarah nama Batu Rakit yang masih kekal hingga hari ini. Jika anda berkunjung ke Pantai Batu Rakit, anda akan melihat ''Rumah Api'' yang berada betul-betul diatas sebuah bongkah batu. Batu tersebut seolah-olah terapung menyebabkan ianya seperti sebuah rakit. Justeru itu, Pantai tersebut dikenali sebagai Pantai Batu Rakit bersesuaian sejarah tinggalannya. Bagi yang suka mengikuti sejarah, jom berkunjung ke Pantai Batu Rakit bagi menghayati sejarahnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment