Warisan kesenian Rodat Terengganu
Hingga ke hari ini belum dapat dipastikan dengan tepat bilakah Permainan Rodat ini bermula di Terengganu. Mengikut para-para guru rodat Terengganu di Terengganu asal rodat sebenarnya ialah dari timur . Ini berdasarkan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah disalin daripada Kitab Hadrah begitu juga dengan rebana digunakan hampir sama dengan rebana Hadrah. Sebelum tiba di Terengganu, rodat ini dipercayai dibawa oleh pedagang-pedagang dari Pulau Sambas di Borneo.
Tetapi menurut seorang Guru Rodat Encik Salleh bin Musa 56 tahun mengatakan lebih kurang 70 -80 tahun lepas pedagang-pedagang kain dari Terengganu iaitu Muhammad Kepak , Cik Udun dan Abdullah Pepeh merupakan tokoh-tokoh yang membawa balik pelajaran Rodat ini dipelajari. Mereka inilah yang memulakan Permainan Rodat di Terengganu khasnya di Kampung Pasir Panjang. Muhammad Kepak berperanan sebagai Tukang Adi, Cik Udin sebagai Orang Nenggak dan Abdullah Pepeh sebagai penghafal lagu-lagunya. Mulai dari ini tersebarlah permainan rodat ke seluruh negeri Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment