SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Berita@Santuari Penyu

Berita@Santuari Penyu

Santuari Penyu Ma Daerah, Kerteh di sini sememangnya terkenal sebagai salah satu daripada lokasi yang membantu dalam pemuliharaan penyu, antara spesies terancam di dunia.Lokasinya yang terletak di Teluk Ma Daerah dan jauh dari kawasan bandar terdekat iaitu kira-kira setengah jam dari Bandar Chukai di sini, menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk penyu mendarat dan bertelur.Pewartaan Ma Daerah sebagai kawasan rizab penyu oleh kerajaan juga membantu dalam usaha pemuliharaan tersebut.

Santuari berkenaan yang juga menjadi tempat penetasan penyu jenis Agar, menyebabkan ia dikenali di kalangan pencinta alam sekitar dan pelancong.Bagaimanapun usaha terpenting yang dilihat dimainkan oleh Santuari Penyu Ma Daerah adalah mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat.Ini kerana tanpa kempen kesedaran, segala usaha pemuliharaan yang dilaksanakan hanya sia-sia kerana penyu akan terus terancam.

0 comments:

Post a Comment