SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Pantai Terengganu,Pantai Terpanjang mengunjur...

Pantai Terengganu,Pantai Terpanjang mengunjur...






Suasana keindahan Terengganu semasa waktu senja dan waktu pagi merupakan suatu permandangan yang mempersonakan dari segi ketenangan. Suatu inspirasi yang boleh menggamit memori dan kenangan dengan tiupan hembusan bayu dari laut. Permandangan pantai Terengganu yang menghala ke laut china selatan yang dianggap terpanjang mengunjur di semenanjung, 244 KM bermula dari daerah Kemaman sehingga ke daerah Besut.
Keunikan pantai Terengganu juga kaya dengan pelbagai spesis ikan serta hidupan laut yang lain menjadikannya satu tarikan popular yang harus dinikmati semua. Keindahan semulajadi inilah yang menggambarkan warisan Terengganu. Pantai Terengganu yang dikelilingi kejernihan air dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah membolehkan pantai-pantai ini diibaratkan sebagai syurga tropika. Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Batu Rakit, Pantai Merang sememangnya tidak asing lagi diperkatakan serta pantai-pantai keseluruhan lagi di negeri Terengganu Darul Iman amnya..







0 comments:

Post a Comment