SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: Jom Lensa Coretan-Pulau Duyung

Jom Lensa Coretan-Pulau Duyung





Pulau Duyung, Kuala Terengganu!!!
Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu dan kita boleh (akses)sampai ke sana samada dengan menaiki bot atau juga dengan jalan darat. Sekiranya kita memilih untuk menggunakan bot sungai(bot tambang)kita akan dicajkan sekadar RM0.50, begitulah lebih kurang. Pulau Duyung terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Pulau Duyung yang sebenarnya bukanlah sebuah pulau kalau nak dikirakan. Ianya lebih kepada dua buah semenanjung yang menjulur keluar daripada tanah besar dan sungai ke arah laut.

Pulau Duyung Besar adalah destinasi untuk mencari Pembuat Bot Terbaik, Tersibuk(banyak menerima tempahan), yang paling diiktiraf dan juga Pembuat Bot Tradisional yang terawal di negara Malaysia, yang mana selepas ini Pulau Duyung akan menjadi destinasi pelancongan peringkat antarabangsa. Jadi rugilah kalau kita tidak berkunjung!.. Pulau Duyung dengan keluasannya beberapa hektar sahaja, dan terletak di antara Jambatan Sultan Mahmud dan Kuala Sungai Terengganu, begitu mudah dimasuki samada melalui jalan sungai atau jalan darat, dan boleh dilawati dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Di antara Pembuat bot tradisional terkenal yang masih hidup yang telah membuat bot pelayar daripada kayu ialah yang bernama Abdullah bin Muda. Beliau layak digelar sifu di dalam bidang pembuatan/hasil kerjatangan bot pelayar, di mana beliau amat dikenali dan sering dicari oleh Pelaut-pelaut/Pelayar-pelayar yang mengetahui tentang kepandaian atau kemahirannya di kalangan masyarakat pelayar/pelaut antarabangsa(kemahiran Abdullah bin Muda dalam pembuatan bot pelayar sudah terkenal di kalangan para-para pelaut/pelayar antarabngsa)di seluruh dunia. Kemahiran dan kepandaian Abdullah bin Muda telah terbukti dan termasyhur di seluruh dunia apabila beliau telah pun menerima banyak tempahan daripada negara-negara seperti Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Denmark, Britain, New Zealand, Itali, Perancis, dan banyak lagi negara-negara semenjak penjualan produksnya di seberang laut pada tahun 1965.

0 comments:

Post a Comment