SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: 31 imam dari Arab Saudi, Mesir di Terengganu

31 imam dari Arab Saudi, Mesir di Terengganu

SEMPENA RAMADHAN- Seramai 31 imam dari Timur Tengah ditempatkan di masjid-masjid seluruh Terengganu bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, kerajaan negeri meneruskan program membawa imam dari Arab Saudi dan Mesir yang dimulakan tahun lalu kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah.

Menurutnya, seramai 10 imam didatangkan dari Arab Saudi manakala 21 orang lagi dari Mesir kerana mereka mempunyai kualiti taranum yang baik.

"Ia bagi mengimarahkan lagi masjid sepanjang Ramadan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, imam-imam itu ditempatkan di masjid utama seperti Masjid Abidin, Masjid al-Muktafibillah, Masjid Tengku Zaharah dan masjid-masjid daerah seluruh negeri bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat terawih.

Dalam perkembangan lain Ahmad berkata, kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menghadiahkan 50,000 naskhah al-Quran kepada Terengganu pada tahun ini.

Kerajaan tersebut juga jelasnya, sedia membiayai latihan dan kursus jangka pendek pegawai-pegawai agama dari negeri ini di negara tersebut bagi meningkatkan kecekapan mereka.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana sentiasa memberi bantuan kepada negeri ini dalam usaha meningkatkan syiar Islam," katanya

2 comments:

Fatin Mardhiyyah said...

salah seorang imam mesir ti guru arab sekolah kami..^___^

keunikanwarisanterengganu said...

<> o0..yeke..best2 (^--^)

Post a Comment