Selain itu, Pusat Bahasa Terengganu (PBT) menyediakan segala keperluan seperti para pensyarah dan fasilitator yang berpengalaman untuk membantu para peserta. Diharapkan dengan penyediaan makmal bahasa bertaraf dunia dan bilik-bilik kuliah yang lengkap serta alat bantu mengajar yang terkini, pusat ini mampu menarik minat pelbagai peringkat usia. Jom kita sama-sama berkunjung ke Pusat Bahasa Terengganu yang terletak di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu bersebelahan Kompleks Pusat Dagangan Terengganu (TTC).
informasi@Terengganu
Pusat Bahasa Terengganu (PBT) di sini akan menambah tiga lagi bahasa untuk kursus kemahiran komunikasi bagi ditawarkan kepada umum pada tahun depan.Ia melibatkan bahasa Jepun, Jerman dan Perancis selain Inggeris, Arab dan Mandarin yang telah diperkenalkan. Tambahan lagi, kuota pelajar seramai 30 orang untuk satu sesi pembelajaran bagi ketiga-tiga bahasa itu.Penambahan itu adalah selaras dengan matlamat penubuhan Pusat Bahasa Terengganu (PBT) iaitu untuk melahirkan masyarakat yang menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa bagi menjana masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk kakitangan kerajaan dan swasta, para perniaga dan pelajar sewajarnya tidak melepaskan peluang itu kerana ia mempunyai kepentingan dari segi urusan kerjaya, hubungan di peringkat antarabangsa dan pelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment