Keunikan Pantai Batu Rakit,Kuala Terengganu
Pantai Batu Rakit tidak asing lagi diperkatakan memandangkan ia adalah salah satu pantai yang terkenal dengan sejarahnya. Jika diikuti sejarah asal usul namanya, pantai batu rakit diambil daripada nama sebuah batu yang timbul seolah-olah seperti rakit. Oleh kerana keunikan itulah Batu Rakit diberi nama dan sehingga sekarang batu itu kekal berada ditengah-tengah lautan dikawasan Batu Rakit. Selain itu, Batu Rakit yang terletak dalam kawasan Kuala Terengganu ini juga terkenal dengan perusahaan keropok dan sotong kering. Jika diperkatakan mengenai sotong kering Batu Rakit, memang tidak asing lagi nama seorang pengusaha yang terkenal dikawasan Kg.Tanjung Batu Rakit tersebut iatu Encik Manan Bin Ali (lebih dikenali sebagai Pak Anan). Boleh dikatakan Pak Anan adalah merupakan pelopor utama bagi perusahaan sotong kering sehingga ke hari ini. Biasanya musim sotong merupakan musim bagi sotong kering diusahakan secara aktif. Jom kita berkunjung untuk menikmati keunikan yang ada di sini..Terengganu semuanya ada!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment