SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: August 2010

Salam Aidilfitri & Kemerdekaan dari Kami..




Salam aidilfitri & kemerdekaan dari kami Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia PAHANG Kampus Pekan (UMP Pekan)

Lensa@Panorama Bandaraya





Keindahan panaroma Bandaraya Kuala Terengganu amat memikat pengunjung dengan panorama pesisir air yang begitu indah. Dengan permandangan yang dapat menggamit memori inilah yang menjadikan Kuala Terengganu terus mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara. Panorama semulajadi yang diketengahkan oleh kerajaan telah menjadikan Terengganu "dihati semua"

Desiran Bayu Batu Buruk

PANTAI BATU BUROK adalah antara kawasan riadah paling popular di Terengganu. Pesisiran pantainya yang cantik dan bersih menjadi tumpuan warga tempatan mahupun pelancong luar yang datang bersama keluarga bagi mengisi cuti hujung minggu.

Ada juga yang singgah semata-mata untuk menjamu selera di deretan gerai menghadap kawasan pantai.

Boleh dikatakan, setiap Jumaat dan Sabtu, tarikan pelancongan di negeri pantai timur ini sesak dengan pengunjung.

Selain bersantai, ada yang mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil menikmati udara segar atau berkelah bersama ahli keluarga.

Makan malam pasti lebih istimewa jika anda berkunjung ke Bistro Batu Burok yang sentiasa menyediakan pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti kesenian anjuran pelbagai agensi kerajaan juga memeriahkan suasana di pantai peranginan ini.

Lazimnya acara ini bermula pada kira-kira 3 petang selepas solat Jumaat selesai.

Antara program merakyatkan seni yang selalu diadakan termasuk pertunjukan pentas seperti drama, manakala acara nyanyian mengambil tempat pada sebelah malam.

Dalam mempopularkan kembali permainan tradisional, pesta pantai juga diadakan bagi mengimbau kembali acara tahunan yang sering kali ditunggu-tunggu oleh warga Terengganu.Semangat pencinta warisan tradisional juga dipersembahkan menerusi seni rodat.

Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana anak mereka boleh bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan pantai.

Selain itu, wakaf atau pondok kecil dibina bagi memudahkan pengunjung berehat sementara menantikan cuaca redup pada sebelah petang.

Keadaan pantai juga semakin elok selepas pembinaan tebing tambak bagi membendung masalah hakisan.

Pengunjung tidak perlu risau kerana ada banyak kedai menjual makanan dan pelbagai barangan di sepanjang pantai ini.

Dari warung makan nasi dagang dan keropok lekor yang menjadi hidangan warisan Terengganu, semuanya dapat dinikmati dengan harga yang amat berpatutan.

Pengunjung dari Melaka, Abu Sharin Mohamad, berkata dia akan sentiasa singgah di Pantai Batu Burok setiap kali berkunjung ke Kuala Terengganu walaupun menyedari kawasan peranginan itu sentiasa sesak dengan pengunjung.

"Sebelum ini, saya pernah beberapa kali singgah di pantai ini. Selain kawasannya yang masih terjaga, kami juga suka dengan makanan tempatan yang terdapat di sini.

"Terasa seperti ada kekurangan jika tidak singgah di Pantai Batu Buruk," katanya.

Info


•Proses pengindahan juga meliputi pembinaan taman permainan kanak-kanak, laluan orang ramai, laluan siar kaki, tandas, surau dan pemantauan tahap kebersihan terutama di kawasan pantai.

LATAR BELAKANG KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi dan merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu dan bandar Di Raja bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini. Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Sejarah menunjukkan Terengganu dan Kuala Terengganu sendiri telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Dalam buku-buku sejarah China seperti ’ Ling-wai-Tai-ta ’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’ Teng-ya-nu’ dan buku Cu-fan-Cih ’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’. Kedua dua nama tersebeut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya ( San-fo-Cih ) pada kurun ke 2. Ptolemy seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu, Pelabuhan itu ialah Primula dan Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia Tenggara pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak. Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.

Penemuan khazanah sejarah yang sangat bernilai lain, ia itu seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84cm tinggi , 53cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar dibahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg dan diukir dengan tulisan pada empat penampangnya menggunakan tulisan yang menggunakan campuran bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu, pada tahun 1303 Masehi / 702 Hijrah. Batu tersebut di kenali dengan nama batu bersurat. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad ke empat belas lagi.

31 imam dari Arab Saudi, Mesir di Terengganu

SEMPENA RAMADHAN- Seramai 31 imam dari Timur Tengah ditempatkan di masjid-masjid seluruh Terengganu bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu, kerajaan negeri meneruskan program membawa imam dari Arab Saudi dan Mesir yang dimulakan tahun lalu kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah.

Menurutnya, seramai 10 imam didatangkan dari Arab Saudi manakala 21 orang lagi dari Mesir kerana mereka mempunyai kualiti taranum yang baik.

"Ia bagi mengimarahkan lagi masjid sepanjang Ramadan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, imam-imam itu ditempatkan di masjid utama seperti Masjid Abidin, Masjid al-Muktafibillah, Masjid Tengku Zaharah dan masjid-masjid daerah seluruh negeri bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat terawih.

Dalam perkembangan lain Ahmad berkata, kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk menghadiahkan 50,000 naskhah al-Quran kepada Terengganu pada tahun ini.

Kerajaan tersebut juga jelasnya, sedia membiayai latihan dan kursus jangka pendek pegawai-pegawai agama dari negeri ini di negara tersebut bagi meningkatkan kecekapan mereka.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana sentiasa memberi bantuan kepada negeri ini dalam usaha meningkatkan syiar Islam," katanya