SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BLOG PELANCONGAN TERENGGANU ~ KUNJUNGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI. TERIMA KASIH~SUMBER RUJUKAN BERINFORMASI KAMI-->KUNJUNGI http://www.bazaarterengganu.blogspot.com UNTUK TAWARAN HARGA TERBAIK SUTERA | KAFTAN | CREPE DIGITAL ASLI TERENGGANU DENGAN DISKAUN MENARIK. ''Keunikan Warisan Terengganu Menggamit Memori'' .: June 2010

Tanda Sokongan!

TERKINI!!!



Sebagai tanda sokongan terhadap kempen mempromosikan sektor pelancongan negeri Terengganu Darul Iman, kami akan melancarkan pelekat kenderaan terbaru untuk dimiliki semua orang dari dalam atau luar. Oleh hal demikian, sebarang persoalan berbentuk cadangan, tempahan dan sebagainya bolehlah diajukan terus melalui emel rasmi blog ini farlin1987@gmail.com.

Terima Kasih Diatas sokongan Anda!!






(Sumber : Kerajaan Negeri Terengganu~Hakcipta video multimedia)


"keunikan warisan Terengganu, menggamit memori"

Bersama-sama kita hayati keindahan negeri Terengganu Darul Iman..

Jom Lensa Coretan-Pulau Duyung





Pulau Duyung, Kuala Terengganu!!!
Pulau Duyung terletak di muara Sungai Terengganu dan kita boleh (akses)sampai ke sana samada dengan menaiki bot atau juga dengan jalan darat. Sekiranya kita memilih untuk menggunakan bot sungai(bot tambang)kita akan dicajkan sekadar RM0.50, begitulah lebih kurang. Pulau Duyung terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Duyung Besar dan Pulau Duyung Kecil. Pulau Duyung yang sebenarnya bukanlah sebuah pulau kalau nak dikirakan. Ianya lebih kepada dua buah semenanjung yang menjulur keluar daripada tanah besar dan sungai ke arah laut.

Pulau Duyung Besar adalah destinasi untuk mencari Pembuat Bot Terbaik, Tersibuk(banyak menerima tempahan), yang paling diiktiraf dan juga Pembuat Bot Tradisional yang terawal di negara Malaysia, yang mana selepas ini Pulau Duyung akan menjadi destinasi pelancongan peringkat antarabangsa. Jadi rugilah kalau kita tidak berkunjung!.. Pulau Duyung dengan keluasannya beberapa hektar sahaja, dan terletak di antara Jambatan Sultan Mahmud dan Kuala Sungai Terengganu, begitu mudah dimasuki samada melalui jalan sungai atau jalan darat, dan boleh dilawati dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Di antara Pembuat bot tradisional terkenal yang masih hidup yang telah membuat bot pelayar daripada kayu ialah yang bernama Abdullah bin Muda. Beliau layak digelar sifu di dalam bidang pembuatan/hasil kerjatangan bot pelayar, di mana beliau amat dikenali dan sering dicari oleh Pelaut-pelaut/Pelayar-pelayar yang mengetahui tentang kepandaian atau kemahirannya di kalangan masyarakat pelayar/pelaut antarabangsa(kemahiran Abdullah bin Muda dalam pembuatan bot pelayar sudah terkenal di kalangan para-para pelaut/pelayar antarabngsa)di seluruh dunia. Kemahiran dan kepandaian Abdullah bin Muda telah terbukti dan termasyhur di seluruh dunia apabila beliau telah pun menerima banyak tempahan daripada negara-negara seperti Singapura, Kanada, Algeria, Australia, Amerika Syarikat, Denmark, Britain, New Zealand, Itali, Perancis, dan banyak lagi negara-negara semenjak penjualan produksnya di seberang laut pada tahun 1965.

Keunikan Pantai Batu Rakit,Kuala Terengganu





Pantai Batu Rakit tidak asing lagi diperkatakan memandangkan ia adalah salah satu pantai yang terkenal dengan sejarahnya. Jika diikuti sejarah asal usul namanya, pantai batu rakit diambil daripada nama sebuah batu yang timbul seolah-olah seperti rakit. Oleh kerana keunikan itulah Batu Rakit diberi nama dan sehingga sekarang batu itu kekal berada ditengah-tengah lautan dikawasan Batu Rakit. Selain itu, Batu Rakit yang terletak dalam kawasan Kuala Terengganu ini juga terkenal dengan perusahaan keropok dan sotong kering. Jika diperkatakan mengenai sotong kering Batu Rakit, memang tidak asing lagi nama seorang pengusaha yang terkenal dikawasan Kg.Tanjung Batu Rakit tersebut iatu Encik Manan Bin Ali (lebih dikenali sebagai Pak Anan). Boleh dikatakan Pak Anan adalah merupakan pelopor utama bagi perusahaan sotong kering sehingga ke hari ini. Biasanya musim sotong merupakan musim bagi sotong kering diusahakan secara aktif. Jom kita berkunjung untuk menikmati keunikan yang ada di sini..Terengganu semuanya ada!

Seni keaslian Songket Terengganu





Songket Terengganu adalah nama yang tidak asing lagi diperkatakan. Keaslian buatan serta rekabentuk motif coraknya adalah memainkan peranan yang besar dalam menilai ketinggian nilainya. Sesuai dengan kontemporari, songket Terengganu telah diangkat namanya berdasarkan warisannya yang semakin mendapat tempat diperhatian ramai..

Sekiranya anda berkunjung ke Terengganu, berkunjunglah ke Pasar Besar Pasar Payang, Kuala Terengganu. Ini kerana pelbagai pilihan citarasa dari segi bentuk dan motif corak boleh didapati disana. Dengan harganya yang berpatutan, memang patut ia dimiliki semua..jom ke Terengganu!!

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman









Selain itu,pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba
Kemudahan yang disediakan: Wakaf, Surau, Trek Pejalan Kaki, Tandas Awam, Kiosk

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman telah menerima dua ekor Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni), yang disumbangkan oleh pihak Zoo Melaka pada 2 April 2010.Kehadiran harimau ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke Mini Zoo ini. Semenjak 11 April 2009, mini zoo ini telah menerima seramai 114,000 pengunjung.Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Harga Tiket Di Kaunter Masuk Utama:

HARGA GOLONGAN
RM 5 DEWASA
RM 3 KANAK-KANAK 5 - 13 THN
RM 2 KANAK-KANAK (UNIFORM SEKOLAH)
PERCUMA KANAK-KANAK BWH 5 THN

Harga Tiket Di Kaunter Gajah:

HARGA GOLONGAN
RM 20 DEWASA
RM 10 KANAK-KANAK

Harga Tiket Di Kaunter Kolam:

HARGA GOLONGAN
RM 5 KANAK-KANAK 6 THN KE ATAS
RM 3 KANAK-KANAK 6 THN KE BWH

(Sumber :Majlis Perbandaran Kemaman)



Pantai Terengganu,Pantai Terpanjang mengunjur...






Suasana keindahan Terengganu semasa waktu senja dan waktu pagi merupakan suatu permandangan yang mempersonakan dari segi ketenangan. Suatu inspirasi yang boleh menggamit memori dan kenangan dengan tiupan hembusan bayu dari laut. Permandangan pantai Terengganu yang menghala ke laut china selatan yang dianggap terpanjang mengunjur di semenanjung, 244 KM bermula dari daerah Kemaman sehingga ke daerah Besut.
Keunikan pantai Terengganu juga kaya dengan pelbagai spesis ikan serta hidupan laut yang lain menjadikannya satu tarikan popular yang harus dinikmati semua. Keindahan semulajadi inilah yang menggambarkan warisan Terengganu. Pantai Terengganu yang dikelilingi kejernihan air dan hidupan laut membentuk sebahagian daripada taman laut yang dilindungi. Lautan yang terbentang luas, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan panorama matahari terbenam yang indah membolehkan pantai-pantai ini diibaratkan sebagai syurga tropika. Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Lipat, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Batu Rakit, Pantai Merang sememangnya tidak asing lagi diperkatakan serta pantai-pantai keseluruhan lagi di negeri Terengganu Darul Iman amnya..







Hebat@Bandaraya TANPA TOL

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana buat julung-julungnya Terengganu adalah negeri PERTAMA yang menghapuskan bayaran tol kepada pengguna-pengguna seperti yang terdapat di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Ini adalah salah satu kelebihan untuk kita sama-sama berkunjung ke Terengganu dan ini iniseatif kerajaan kepada semua. Pelbagai langkah yang drastik telah diambil oleh kerajaan bagi merancakkan pembangunan negeri hingga ke hari ini. Diharapkan dengan langkah diambil, masyarakat atau rakyat dari dalam dan luar negeri dapat merasai kelebihan ini bagi meningkatkan bilangan pengunjung ke negeri ini khususnya tanpa perlu bersesak panjang.

E-book Terengganu

Terengganu merupakan yang pertama di Asia Tenggara menggunakan e-Book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, demikian diberitahu oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

E-Book itu dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.Selain itu, dengan pelaksanaan program itu juga, Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara yang menggunakan buku elektronik sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah.

Diharapkan dengan penggunaan e-book ini, Terengganu bakal menjadi negeri yang mencipta satu lagi sejarah yang tersendiri dalam sektor Pendidikan di Tanah Air ini. Tahniah diatas usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Parking Automatik Canggih PERTAMA!!


Terengganu bakal lagi mencipta sejarah apabila siapnya sistem parking automatik yang canggih Pertama di negara ini. Sistem ini telah diadaptasi dari sistem parking luar negara yang berkonsepkan lebih mesra pengguna-pengguna kerana pengguna hanya perlu mengingati nombor pada kawasan parking dan tidak perlu bersusah payah mencari tempat parking. Sistem ini menggunakan kawalan automatik sepenuhnya dan bakal disiapkan tidak lama lagi. Apabila projek ini siap sepenuhnya, ianya mampu mengurangkan kesesakan kawasan parking di bandaraya ini tidak lama lagi. Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenalpasti kawasan yang terletak di Batas Baru, Kuala Terengganu bagi tujuan tersebut. Jom kita bersama-sama berkunjung ke Terengganu untuk melihat secara lebih dekat lagi sistem projek ini..



TERENGGANU sejarah TERCIPTA!

Bandaraya PERTAMA di Pantai Timur

Semua Hakcipta Terpelihara-Copyright © 2010


Pengiktirafan Bandaraya!!!

Pengiktirafan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya PERTAMA di Pantai Timur telah menaikkan lagi imej Terengganu dopersada Permbangunan dan kerancakkan sektor bagi pertumbuhan ekonomi negeri. Pegiktirafan ini selaras dengan kriteria-kriteria yang telah di tetapkan sebagai Bandaraya dan Kuala Terengganu telah muncul sebagai Negeri yang telah menepati syarat yang telah ditetapkan bagi pengiktirafan ini. Dengan slogan''Bandaraya Warisan Persisir Air'' diharapkan daerah-daerah lain turut mengikut rentak Kuala Terengganu bagi masa yang akan datang. Syabas Kuala Terengganu!!!

Acara Terkini Berlangsung (Bulan: JULAI)

Festival Gamelan Sedunia 2010
Date 23-26 July 2010
Venue Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Organizer State Government of Terengganu

Pertandingan Melukis Citra Terengganu Kategori Terbuka 2010
Date 31 Julai - 2 Ogos 2010
Venue SPONTAN – Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Organiser Muzium Negeri Terengganu

Pekan Budaya Daerah Kuala Terengganu
Date 3 - 9 Julai 2010
Venue Waterfront, Kuala Terengganu
Organiser State Government of Terengganu

Untuk maklumat lanjut, hubungi :

Tourism, Cultural, Arts & Heritage Division Terengganu State Secretariat
9th Floor, Wisma Darul Iman,
20503, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Telephone No: 609-623 1553
Fax No: 609-622 1957
Email: ppp@terengganu.gov.my

informasi@Resort

Susun mengikut: Nama Rating Kadar Harga

Tanjong Jara Resort (Terengganu)
Resort ini dibina di atas tanah seluas 17 hektar berhadapan Laut China Selatan.
[RM805-2415]

Redang Beach Resort (Terengganu)
[RM279-N/A]

Berjaya Redang Resort (Terengganu)
[RM600-2800]

Seri Malaysia Kuala Terengganu (Terengganu)
[RM110-130]

Permai Park Inn International (Terengganu)
[RM240-N/A]

Kemayan Resort Villa (Terengganu)
[RM460-520]

Seri Malaysia Marang (Terengganu)
[RM110-130]

Primula Beach Resort (Terengganu)
[RM250-1500]

Sutra Beach Resort (Terengganu)
[RM180-230]

Awana Kijal Beach,Spa& Golf Resort (Terengganu)
[RM255-689]

Ulek Beach Resort (Terengganu)
Alami keunikan budaya Melayu tradisi di hotel butik resort ini. Terletak berdekatan pantai berhadapan Laut China Selatan, di daerah Dungun.
[RM238-538]

Terengganu International Endurance Park






Terletak di kawasan perkampungan lembah bidong setiu,Terenggnu,Terengganu International Endurance Park (TIEP) merupakan kawasan pertandingan bagi sukan berkuda yang berprestij di kawasan Pantai Timur. Pembukaannya adalah bertujuan untuk mendedahkan aktiviti sukan berkuda kepada rakyat serta sebagai salah satu acara pelancongan melalui sukan di Negeri Terengganu Darul Iman.

Terengganu juga telah mencatat sejarah setelah apabila telah berjaya dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Menunggang lasak Dunia pada tahun 2008. Acara yang berprestij ini boleh dianggap setaraf dengan perlumbaan Formula 1(F1).

Nasi Dagang Terengganu





Terkenal dengan rasanya yang begitu enak dan memikat selera,Nasi Dagang Terengganu kini menjadi salah satu menu warisan yang boleh dianggap terkenal di negeri Terengganu Darul Iman.Di sini saya menyediakan resepi ringkas Nasi Dagang Terengganu untuk di cuba!

Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa
Cara:

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Cadangan Hidangan:
Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
Tambahan:
1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Selamat mencuba!!

Selera@Terengganu!!!

Kompleks Sukan Terengganu,Gong Badak





Kompleks sukan Terengganu,gong badak adalah salah satu mercu tanda kerancakan pembangunan bagi negeri Terengganu Darul Iman. Dibina berdekatan kawasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu,kompleks sukan ini terdiri daripada 2 buan stadium iatu Stadium tertutup dan Stadium Utama(Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin).Selain itu,kelengkapan kompleks ini terdiri juga Padang latihan seperti Bola Sepak (3),Ragbi(1),Boling Padang(1) dan Hoki. Kompleks Sukan Terengganu telah digunakan semasa penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA 2008) edisi ke-12 yang berlangsung di Terengganu Darul Iman. Selain itu juga, Terengganu menjadi JUARA keseluruhan SUKMA edisi ke-12. Diharapkan SUKMA edisi ke-13,rekod JUARA bagi Terengganu akan berkekalan..InsyaAllah..